Malaysian Ghost Research in Education

Mind + Body + Soul = Power of conciseness

Dikemaskini pada 22 August 2008 09:15:31 pm

Selamat Datang!

Anda tiba di sini dalam pencarian mencari sumber berkaitan dengan bidang geografi. Tulisan ilmiah ini mungkin boleh membantu anda. Walau bagaimanapun, sila ambil ingatan bahawa tulisan ini bukan untuk ditiru tetapi sebagai contoh bagaimana anda menghasilkan tulisan ilmiah sendiri. Jika anda memetik hasil kajian ini maka adalah menjadi tugas anda menyebut penulis asal sebagai sumber rujukan.

Webmaster sangat menghargai sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk menandatangani Buku Pelawat [ sign our guest book ].

Kata laluan : A14081969


Research 211 - Lanskap budaya, teknologi dan alam sekitar.

Tajuk Kajian: Satu kajian mengenai keupayaan manusia mengubahsuai persekitaran fizikal dan menghasilkan lanskap     budaya yang telah meningkatkan intensiti dan skopnya melalui penggunaan teknologi.

Kajian ini membincangkan dengan terperinci tentang sejauh mana keupayaan manusia mengubahsuai persekitaran fizikal dan menghasilkan lanskap budaya dengan peningkatan yang semakin pesat dengan skop yang luas melalui bantuan dan penggunaan teknologi. Kajian ini mendapati bahawa persekitaran fizikal tidak lagi mengehadkan keupayaan manusia menerokai alam sekitar dan berjaya mengatasi halangan persekitaran fizikal ke arah mencapai keharmonian hidup. Ini bermaksud bahawa manusia bukan lagi dianggap sebagai objek pasif tetapi manusia sebagai objek yang aktif yang sentiasa berusaha menerokai alam sekitar dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Sebagai manusia yang aktif dan dinamik, dengan pengetahuan yang ada maka manusia sentiasa berusaha  mengatasi halangan persekitaran sehingga berjaya menghasilkan lanskap budaya di atas permukaan bumi dengan bantuan teknologi. Persoalan apakah halangan fizikal dan bagaimana manusia mengatasi halangan? Apakah lanskap budaya? Bagaimana teknologi membantu manusia menghasilkan lanskap budaya? Persoalan – persoalan ini merupakan sebahagian daripada persoalan yang cuba dijawab oleh kajian ini.

Tarikh Penyelidikan: 24/11/2002.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 212 - Kesan penipisan ozon dan iklim secara global.

Tajuk Kajian: Kesan kemusnahan Lapisan Ozon Terhadap Perubahan Cuaca dan Iklim Dunia.

Kajian ini mendapati bahawa penipisan lapisan ozon memang berlaku akibat daripada kesan kegiatan manusia walaupun ada juga kesan semula jadi. di dapati juga bahawa kesan penipisan ozon membawa kesan negatif secara global kepada cuaca secara mikro dan juga secara global

Tarikh Penyelidikan: 10/12/2002.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 212 - Jenis-jenis hakisan tanah dan kesan terhadap ekonomi negara.

Tajuk Kajian: Jenis-jenis hakisan tanah, kaedah dan kesan terhadap ekonomi negara.

Kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis hakisan tanah dan juga kaedah hakisan terjadi. Kegiatan manusia paling banyak membawa kesan dan juga berjaya mempercepatkan proses hakisan tanah sekaligus hakisan tanah ini membawa kepada kerugian ekonomi negara.

Tarikh Penyelidikan: 10/12/2002.

>> Baca bahan penyelidikan


Research 215 - Pemikiran Geografi.

Tajuk Kajian: Perkembangan Pemikiran Pendekatan Geografi: Berakhirnya Dominasi Geografi Wilayah Dan Munculnya Geografi Spatial Sains.

Perbincangan memfokuskan lebih kepada debat di antara Hartshorne - Schaefer secara menyeluruh dengan berdasarkan kepada hasil penyelidikan penyelidik sebelum serta pendapat penyelidik – penyelidik dalam perkembangan pemikiran geografi.

Tarikh Penyelidikan: 24/11/2003.

>> Baca bahan penyelidikan


Research 314 - Geomorfologi: Tanah Runtuh.

Tajuk Kajian: Runtuhan Cerun: Pengenalan jenis - jenis runtuhan dan cara runtuhan terjadi, faktor mempengaruhi, instrumen pemantauan kestabilan cerun dan kesan runtuhan cerun ke atas sosial serta persekitaran dan langkah - langkah pengawalan.

Kajian ini mendapati bahawa kejadian tanah runtuh membawa kesan negatif kepada manusia dan juga alam sekitar. Di mana pelbagai faktor yang menyebabkan kejadian tanah runtuh sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh gangguan manusia. Di samping itu, kajian ini juga mencadangkan langkah - langkah pengawalan serta memperkenalkan peralatan yang boleh atau sedang digunakan dalam usaha memantau kejadian tanah runtuh.

Tarikh Penyelidikan: 15/11/2003.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 315 - Wetlands: Strategi mengkomersialkan sumber.

Tajuk Kajian:Wetlands: strategi mengkomersialkan sumber.

Kajian ini mendapati bahawa  sumber wetlands boleh dikormesialkan di mana dalam kajian ini usaha mengkormersialkan nilai wetlands telah membawa kepada perubahan ekonomi setempat.

Tarikh Penyelidikan: 20/11/2003.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 316 Kepentingan dalam hubungan tradisi manusia dengan alam sekitar.

Tajuk Kajian:Geografi Ekonomi : Kepentingan dalam hubungan tradisi manusia dengan alam sekitar.

Kajian ini mendapati bahawa  sumber wetlands boleh dikomersialkan di mana dalam kajian ini usaha mengkomersialkan nilai wetlands telah membawa kepada perubahan ekonomi setempat.

Tarikh Penyelidikan: 01/12/2003.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 319 - Pengaruh lanskap budaya dalam penempatan manusia.

Tajuk Kajian: Pengaruh Lanskap budaya dalam penempatan manusia.

Kajian ini cuba menunjukkan sejauh mana landskap budaya memperlihatkan pengaruh serta memperlihatkan ciri - ciri penempatan manusia yang dipengaruhi oleh faktor sosial dan ekonomi.

Tarikh Penyelidikan: 23/11/2003.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 416 - Perancangan alam sekitar dan pengurusan sumber.

Tajuk Kajian: Ke arah matlamat pelupusan terbuka sifar menjelang tahun 2020 dan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu.

Kajian ini mendapati bahawa sangat perlu untuk mengurus dan menjaga alam sekitar sebagai tempat tinggal manusia serta kesan terhadap kelalaian terhadap pengurusan sumber alam. Selain dari itu, kajian ini mendapati bahawa isu pencemaran dikaitkan dengan pencemaran sisa pepejal yang memerlukan pengurusan yang sistematik.

Tarikh Penyelidikan: 30/11/2004.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 417 - Cuaca dan Iklim.

Tajuk Kajian: El-Nino: Kesan terhadap sistem atmosfera dan sistem hidrologi Lautan Pasifik.

Kajian ini mendapati bahawa kejadian fenomena El-Nino sememangnya berlaku di kawasan berhampiran Khatulistiwa khususnya hemisfera Selatan di kawasan Lautan Pasifik yang bukan sahaja mengganggu sistem atmosfera secara global tetapi juga membawa gangguan ke atas sistem hidrologi.

Tarikh Penyelidikan: 09/08/2004.

>> Baca bahan Penyelidikan


Research 418 - Perancangan bandar dan wilayah.

Tajuk Kajian: Pembangunan di Malaysia: Implikasi terhadap pembangunan wilayah.

Hala tuju pembangunan wilayah di negara ini nampak kelihatan semakin kukuh dengan penyebaran ke kawasan luar bandar melalui pembangunan sektor pertanian melalui beberapa siri Rancangan Malaysia 1 - 8.

Tarikh Penyelidikan: 12/10/2004.

>> Baca bahan Penyelidikan