Impak Aktiviti Manusia Terhadap Sumber Air Dan Pandang Darat Sungai Di Gurun. Satu Kajian Kes.

 

Pendahuluan.

Kajian kes ini  yang bertajuk ‘Kesan Pencemaran dan Pandang Darat di Gurun akibat Kegiatan Manusia’ ini dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh manakah air sungai yang terdapat di kawasan kajian yang telah kehilangan fungsi dan peranan sebagai sumber air domestik telah tercemar akibat kegiatan penduduk sekitar serta perubahan pandang darat sungai.

Dalam pada itu, kajian sistem perparitan di kawasan kajian telah dilaksanakan dalam usaha mencari punca pencemaran dan perubahan pandang darat fizikal di kawasan kajian ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kesan aktiviti manusia ke atas alam sekitar dengan lebih dekat yang mana, pengabaian aspek pengurusan bahan buangan membawa kesan negatif ke atas alam sekitar itu sendiri.

Hasil bacaan TDS meter ke atas sampel air sungai di kawasan kajian yang mencecah indeks 130ppm serta jumlah bahan buangan bukan organik yang dikumpulkan di sepanjang 12 meter persegi di alur sungai membuktikan bahawa berlaku pencemaran di kawasan ini yang bukan sahaja mengubah status sungai sebagai sungai ‘air keras’ tetapi juga sungai telah kehilangan fungsinya sebagai sumber air domestik. Kajian ini menyedarkan kita bahawa jika kita membuang sampah merata tempat akhirnya sampah berkenaan akan berkumpul di dalam sungai maka sungai akan menjadi  kotor dan akhirnya kita sendiri yang akan rugi.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

  • Mengkaji kesan kegiatan manusia ke atas tahap kebersihan sungai di Kampung Baru    belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun.
  • Mengkaji perubahan bentuk muka bumi fizikal sungai akibat daripada aktiviti penduduk sekitar.
  • Mengkaji punca masalah pencemaran dan memberi cadangan untuk mengatasi kesan pencemaran dan tindakan manusia ke atas fungsi sungai di kawasan kajian.

Kaedah Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu:

(a) Kaedah Pemerhatian

Pada 16hb Ogos 2008 dari jam 8.45 pagi hingga 11.30 pagi, pemerhatian terhadap kesan pencemaran di peringkat sekolah, kawasan petempatan Taman Seri Utama dan juga Kampung Baru untuk meninjau keadaan sistem saliran. Di dalam kajian ini, kutipan maklumat telah diambil dengan menggunakan gambar digital.

(b) Kaedah Ujikaji

Dalam kajian ini juga ujian makmal menggunakan Alatan Ujikaji TDS ( Total Dissolved Solids) serta Electrolyzer ( Water Purity Tester) digunakan untuk mengkaji tahap pencemaran terlarut di sungai Kampung Baru, belakang sekolah SMK Gurun.

Dinyatakan bahawa tahap pencemaran terlarut adalah 500mg/liter ppm (parts per milion). Sekiranya indeks pencemar terlarut mencapai 1000 ppm air berkenaan tidak selamat untuk digunakan oleh manusia. (Espressoplanet, 2005).

Di samping itu juga, ujian kederasan aliran sungai, ketebalan bahan mendap untuk melihat kesan perubahan bentuk muka bumi fizikal sungai dan kutipan kepelbagaian pencemaran pepejal.

(C) Kaedah Rujukan.

Dalam kajian ini juga rujukan melalui buku, majalah dan juga jaringan internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini telah dibuat.

Peralatan kajian

Dalam kajian ini, antara peralatan yang telah digunakan semasa menjalankan kajian luar adalah seperti di dalam senarai di bawah.

  1. 1 biji bola ping pong.
  2. TDS (Total Dissolved Solid) meter.
  3. Water Purity Tester.
  4. 1 gulung tali rafia.
  5. Global Positioning System.
  6. 4 batang mop.
  7. Pita ukur.
  8. Borang Laporan kajian luar.
  9. Kamera digital.
  10. Plastik sampah
  11. Timbangan
  12. Jam Randik
  13. Sarung tangan getah
  14. 1 bekas botol air 500ml.
  15. Infra Red Thermal Scanner
  16. Wayar extension
  17. Kasut Getah
  18. Kamera Video
  19. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian.

Dalam kajian ini, saya memilih sungai  di Kampung Baru yang terletak di belakang SMK Gurun. Sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi di Gunung Jerai menyaliri kawasan Gurun termasuklah Taman Murni, Taman Seri Utama, SMK Gurun, Kg. Baru, Taman Gurun Jaya dan Pekan Gurun.

Lokasi Kawasan Kajian

Dalam kajian kes ini sungai  di Kampung Baru yang terletak di belakang SMK Gurun telah dipilih sebagai kawasan kajian. Sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi di Gunung Jerai menyaliri kawasan Gurun termasuklah Taman Murni, Taman Seri Utama, SMK Gurun, Kg. Baru, Taman Gurun Jaya dan Pekan Gurun. Lokasi ini terletak di latitud  5°48’5.94″U dan longitud 100°28’37.98″T yang terletak pada aras ketinggian 25 meter dari aras laut.

Peta-4

Peta-3

Gambar foto udara ini menunjukkan lokasi kawasan kajian yang dilihat dari pandangan udara.. SMK Gurun terletak di atas garisan latitud  5° 48′ 5” U – 5°48′ 14” U dan longitud 100° 28′ 38” T – 100° 28′ 45” T dengan ketinggian 20 – 45 meter dari aras laut.

peta-udara-kawasan-kajian

Gambar foto udara ini menunjukkan pemandangan kawasan kajian yang dilihat dari pandangan udara dan keadaan bentuk muka bumi kawasan Gurun yang terletak di kaki Gunung Jerai dengan permukaan bumi yang beralun serta dataran.

Bentuk muka bumi.

Keadaan bentuk muka di kawasan kajian yang terletak di kaki Gunung Jerai ini adalah beralun dengan ketinggian di kawasan dataran 30 – 45 meter dari aras laut. Gunung Jerai yang merupakan kawasan yang paling tinggi di kawasan kajian yang mempunyai ketinggian 1217 meter.

Kawasan Tanah Tinggi.

Bentuk muka bumi yang boleh dilihat di kawasan ini ialah tanah kawasan tanah tinggi yang mempunyai ketinggian di antara 25 – 1217 meter dari aras laut. Gambar foto di bawah menunjukkan kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan sekitar kajian.

gunung-jerai

Kawasan Lembah Sungai.

Lembah sungai kelihatan agak sempit yang terletak di kawasan kaki bukit di sepanjang sungai yang terletak di sebelah barat kawasan kajian. Gambar di bawah menunjukkan kawasan lembah sungai yang terdapat di kawasan kajian.

dataran-lembah-sungai

Perubahan landskap fizikal.

Di kawasan kajian juga telah mengalami perubahan ciri fizikal yang mana kawasan lembah sungai yang sempit telah ditebus guna untuk membina padang sekolah akibat daripada pembinaan bangunan sekolah dan juga dewan serba guna. Gambar di bawah menunjukkan landskap budaya yang baru untuk menambah keluasan padang sekolah yang telah ditebus guna daripada kawasan lembah sungai yang sempit.

 padang-sekolah

Kegiatan Ekonomi.

Kegiatan ekonomi penduduk di Gurun terdiri daripada kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertier. Ekonomi primer melibatkan penanaman kelapa sawit, padi, jagung serta sayur-sayuran. Kegiatan ekomoni sekunder dan tertier yang melibatkan perkhidmatan pemprosesan dan perkhidmatan kepakaran seperti bank dan klinik kesihatan. Dalam aspek perkembangan ekonomi di Kedah, secara keseluruhan yang melibatkan bandar utama iaitu Langkawi, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Gurun didapati bahawa Gurun telah diletakkan sebagai sebuah bandar penting yang dikenali sebagai Bandar Kenderaan Nasional berdasarkan penilaian ekonomi oleh kerajaan negeri.

Foto-16

Oleh kerana Gurun terletak di tengah-tengah persinggahan perjalanan ke utara dari Sungai Petani maka tidak hairan bahawa aktiviti ekonomi berasaskan perindustrian industri penting terdapat di Gurun seperti Modenas, Petronas, Perwaja dan juga pembuat kereta nasional Naza. Gambar foto di bawah merupakan gambar-gambar pusat perindustrian utama yang terdapat di Gurun.

Naza-kia

modenas

Aktiviti pertanian merupakan aktiviti penting di kawasan kajian yang melibatkan penanaman kelapa sawit yang terdapat di sekitar kawasan kajian. Kawasan penanaman kelapa sawit terletak di sebelah timur dan juga di sebelah barat kawasan kajian. Gambar foto di bawah menunjukkan kawasan penanaman kelapa sawit yang terletak di sebelah berat kawasan kajian. Walau bagaimanapun, kegiatan ekonomi yang pesat di kawasan kajian sedikit sebanyak telah membawa kesan negatif ke atas alam sekitar terutama sekali pencemaran ruang dan air.

ladang-kelapa-sawit

Keadaan Sistem Saliran Kawasan Kajian.

Tumpuan kajian ke atas sistem saliran di kawasan ini adalah merujuk pada sistem perparitan di kawasan sekolah serta kawasan sekitar terutama sekali Taman Sri Utama kerana sistem saliran memainkan peranan penting sebagai agen pemindahan air yang berlebihan ke sistem saliran utama. Hasil daripada tinjauan, didapati sistem saliran di kawasan ini adalah sempurna kerana air hujan yang berlebihan dapat dialirkan ke saliran utama.

Walau bagaimanapun, terdapat fenomena baru yang muncul iaitu sistem perparitan di kawasan ini menjadi agen pengangkutan pencemaran air yang menyebabkan berlaku pencemaran di saliran utama. Hasil tinjauan juga mendapati pengusaha industri makanan segera di kawasan kajian menjadikan sistem perparitan sebagai sistem penyaliran air buangan domestik yang menyebabkan pencemaran air.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan keadaan sistem saliran di kawasan kajian yang menjadi agen pengangkutan air buangan domestik termasuk sampah sarap. Sebagai contoh, gambar di bawah yang diambil di belakang kantin sekolah menunjukkan air buangan domestik disalurkan terus ke dalam parit.

air-kumbahan-domestik

Manakala, gambar di bawah memperlihatkan timbunan sampah yang terdiri daripada plastik yang terkumpul akibat daripada pembuangan sampah oleh penduduk sekitar. Malah, timbunan sampah ini menunjukkan belum ada kesedaran dalam kalangan penduduk terhadap kesan pencemaran plastik ini yang tidak akan reput terhadap alam sekitar.

timbunan-sampah

Malahan, didapati juga parit utama di Taman Sri Utama tersumbat oleh sampah sarap serta daun yang menunjukkan pengurusan sistem perparitan tidak sempurna yang mana sampah sarap ini akan disalirkan terus ke sungai yang menyebabkan pencemaran.

parit-tersumbat

Gambar yang seterusnya di bawah menunjukkan sistem perparitan menjadi agen pengangkutan air buangan domestik ke sungai yang menjadi saliran utama di kawasan kajian.

parit-sebagai-agen-mengalirkan-pencemaran

Kajian kes 1 : Kajian Terhadap Perubahan Bentuk Muka Bumi Fizikal Kawasan Kajian.

Dalam kajian ini, lokasi yang dipilih terletak di atas latitud 5° 48′ 6.6″ Utara dan longitud 100° 28′ 38″ Timur dengan ketinggian 23.9 meter dari aras laut. Secara umum sememangnya tidak dapat disangkal berlaku beberapa perubahan bentuk muka bumi fizikal di kawasan kajian iaitu:

  1. A) Bentuk Muka Bumi Budaya
  2. a) Pembinaan jambatan dan penambakan tebing sungai.

Pembinaan jambatan dan juga aktiviti penambakan tebing sungai telah mengubah lanskap fizikal kawasan kajian. Di mana, jambatan dibina merentasi alur sungai untuk tujuan memudahkan penduduk menyeberang sungai. Di samping itu juga, tebing sungai telah ditambak untuk mengurangkan kesan hakisan yang secara langsung menghalang pembinaan alur sungai secara semula jadi yang dapat dilihat di dalam gambar di bawah.

alur-sungai

 b) Kewujudan pusat petempatan.

Di tebing sungai juga terdapat pusat petempatan yang menyebabkan perubahan bentuk muka bumi yang sangat ketara di kawasan ini yang telah menyebabkan kemunculan bentuk muka bumi budaya akibat daripada kegiatan penduduk. Gambar di bawah memperlihatkan salah satu rumah penduduk di kawasan ini.

petempatanB) Bentuk Muka Bumi Fizikal

Walaupun, kawasan ini terdedah kepada aktiviti manusia namum masih terdapat bentuk muka bumi yang masih kelihatan yang terhasil secara semulajadi atau akibat kemungkinan sumbangan secara langsung daripada aktiviti manusia di kawasan ini. Antara bentuk muka bumi fizikal yang dikesan adalah seperti berikut:-

 a) Lurah ‘U’ Lebar.

Didapati lurah sungai di kawasan ini kelihatan berbentuk ‘U’ lebar. Lurah yang kelihatan lebar ini ada kaitan secara langsung tindakan aktiviti manusia di kawasan tebing sungai yang menyebabkan aktiviti hakisan tebing menjadi pesat. Gambar di bawah menunjukkan lurah sungai yang kelihatan berbentuk ‘U’. Apa yang menarik pada gambar di bawah menunjukkan usaha penambakan tebing sungai seperti yang ditunjukkan Foto 11 untuk mengelakkan hakisan yang mempengaruhi pembentukan lurah sungai akibat daripada hakisan terutama sekali semasa kejadian banjir. Lakaran rajah di bawah menunjukkan keratan rentas bentuk lurah sungai di kawasan kajian.

lurah-sungaib) Likuan Sungai.

Bentuk muka bumi likuan sungai juga boleh dilihat di kawasan kajian. Walaupun tebing kawasan kajian ditutupi dengan tumbuhan namun masih kelihatan likuan sungai yang terdapat di bahagian hulu kawasan kajian seperti yang ditunjukkan Foto 13.

likuan-sungaiC) Dataran Mendap.

Didapati juga sebahagian daripada alur sungai menjadi tumpuan aktiviti hakisan dan juga kawasan pemendapan yang terdiri daripada tanah dan pasir. Dalam gambar di bawah menunjukkan kawasan dataran mendap yang telah ditumbuhi oleh tumbuhan.

dataran-mendap

D) Tebing Curam dan Lubuk Sungai.

Tebing curam dan lubuk sungai juga masih dapat dikesan di kawasan kajian ini yang menunjukkan masih terdapat bentuk muka bumi fizikal yang masih bertahan walaupun terdapat aktiviti manusia yang pesat mempengaruhi keadaan bentuk muka bumi asal sungai di kawasan kajian ini.

tebing-curam-dan-lubuk-sungai

Kesan kegiatan manusia.

Walaupun, masih terdapat bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan ini namun tidak dapat disangkal terdapat kesan negatif kegiatan manusia di kawasan ini yang telah membawa kemusnahan terhadap bentuk muka bumi fizikal sungai iaitu:-

a) Kemusnahan hutan.

Perubahan yang paling ketara berlaku di kawasan ini ialah pemusnahan hutan yang kini telah diganti dengan hutan sekunder dan juga pokok tanaman sekaligus membawa kesan secara langsung ke atas kuantiti air sungai yang kelihatan semakin cetek dan kemungkinan kering pada musim kemarau.

 b) Sungai semakin cetek.

Dasar sungai di kawasan kajian juga kelihatan semakin cetek akibat daripada kegiatan penduduk sekitar. Malahan, warna air sungai juga telah berubah warna menjadi warna kelabu serta sampah sarap yang terdapat di sepanjang sungai.

sungai-cetekC) Pencemaran

Aktiviti manusia di kawasan sekitar kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran air dan juga pencemaran ruang. Hasil tinjauan menunjukkan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk setempat telah membawa pencemaran terhadap sungai yang bukan sahaja membawa kesan fizikal tetapi juga sekaligus mengubah status sungai menjadi kategori ‘air keras’ dengan index TDS ( Total Disolved Solid ) mencecah 130ppm.

indek-tahap-pencemaran-air

Malahan, berdasarkan pengelasan air sungai yang diketogerikan dalam lima kelas (Haliza, 2007) maka sungai di dalam kajian ini dimasukkan dalam kategori kelas empat iaitu sungai tercemar tahap sederhana kerana air berbau busuk dan air kelihatan berwarna kekelabuan atau keruh.

Kajian Kes 2: Kajian Tahap Pencemaran Sungai.

Kualiti air merujuk pada kesesuaian air untuk kegunaan manusia serta kegunaannya berasaskan pada fizikal, bahan kimia dan juga ciri-ciri biologi. Walau bagaimanapun, Jackson Bottom Wetland Preserve ( 2007 ) menyatakan parameter kualiti air sentiasa berubah kerana ia bergantung pada keadaan air sungai seperti keadaan aliran, tahap pencemaran dan bahan mineral yang terlarut.

Persoalan yang hendak dijawab dalam kajian ini adalah sejauh manakah aktiviti manusia menyebabkan pencemaran sungai yang terdapat di belakang sekolah. Untuk kajian ini beberapa ujian kajian telah dibuat untuk mengenal pasti tahap pencemaran yang berlaku.

 a) Ujian Suhu.

Dalam ujikaji suhu di sungai yang dipilih sebagai tapak kajian dengan menggunakan Infra Red Thermal Scanner menunjukkan suhu air sungai adalah di antara 28.2°C bergantung pada lokasi dan kedalaman dasar sungai. Gambar di bawah menunjukkan Thermal Scanner digunakan untuk mendapatkan bacaan suhu air sungai mengikut kedalaman dasarnya.

suhu

Suhu memainkan peranan sangat penting terhadap hidupan akuatik yang mana  Jackson Bottom Wetland Preserve (2007) bahawa suhu mempengaruhi jenis hidupan akuatik. Hasil daripada pemerhatian didapati di dalam sungai ini terdapat beberapa jenis hidupan yang telah dikenal pasti seperti ikan, siput dan juga lumut yang memainkan peranan penting sebagai penuras bahan pencemaran  dalam sungai. Gambar di bawah menunjukkan lumut di dasar sungai serta hidupan akuatik yang memainkan peranan penting di dalam ekologi sungai.

lumutb) Mengenal pasti Indikator Tahap Pencemaran.

Kajian ke atas hidupan akuatik ini sangat penting sebagai indikator awal terhadap tahap pencemaran di kawasan ini. Hasil daripada kajian menunjukkan hidupan akuatik yang terdapat di kawaan ini terdiri daripada hidupan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak memerlukan oksigen yang banyak seperti siput dan berudu.

Antara lain hidupan yang dilihat di kawasan ini ialah katak, ikan, lumut, siput dan pepatung yang diketogerikan sebagai hidupan yang tahan terhadap pencemaran kerana memerlukan hanya sedikit oksigen yang mana mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia kajian ke atas hidupan akuatik merupakan satu kaedah indikasi untuk mengenal pasti tahap pencemaran sesuatu tempat kerana hidupan akuatik dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah oksigen, suhu, kederasan air, mineral terlarut, keamatan cahaya dan makanan.

Hasil daripada kajian menunjukkan jenis hidupan akuatik di kawasan ini termasuk dalam kategori Molluscs dengan markah 3 daripada 10 yang menunjukkan tahap pencemaran adalah agak tinggi iaitu hidupan ini dikategorikan sebagai hidupan akuatik yang hanya memerlukan sedikit sahaja oksigen.

siputc) Ujian kelajuan aliran air sungai.

Kajian ini penting untuk menentukan tahap pencemaran air dalam sungai. Air yang deras boleh menyebabkan pencemaran organik tidak larut dialirkan terus ke kawasan lain. Malahan, deras atau lambat aliran air sungai juga mempengaruhi hidupan akuatik. Kenyataan ini selaras dengan hasil kajian Cindy Waxer (2006) menyebut kederasan air sungai memainkan peranan penting dalam kitaran habitat akuatik.

Sehubungan dengan itu, hasil kajian di sungai ini dengan menggunakan ping pong dan jam randek untuk mengukur kelajuan aliran sungai pada jarak empat meter menunjukkan kelajuan aliran air sungai ialah 10.13 saat atau 0.4 meter sesaat. Gambar di bawah menunjukkan ujian kelajuan aliran air dengan menggunakan ping pong sedang dijalankan.

ukur-kelajuan-air

Hasil kajian menunjukkan dengan kederasan 0.4 meter persaat membolehkan organisma akuatik membiak seperti lumut sekaligus dapat membantu dalam proses peneutralan bahan pencemaran dalam sungai seperti kehadiran siput dan juga lumut.

d) Ujian Pencemar Terlarut ( Total Dissolved Solid (TDS)

Ujian TDS yang dijalankan di sungai ini untuk menentukan tahap pencemar terlarut dalam air sungai dengan menggunakan TDS meter. Bacaan yang diperolehi daripada sampel yang diambil di sungai semasa kajian dibuat ialah 13ppm dengan TDS 130ppm seperti yang ditunjukkan Foto 21.

bacaan-sample

indek-tahap-pencemaran-air

Oleh itu, berdasarkan indeks TDS yang disediakan oleh Eppresso Planet (2005) menunjukkan air sungai  dalam kawasan kaijian ini dikategorikan sebagai  ‘Air Keras’ (Hard Water) yang berada pada indeks 100 – 200ppm yang dianggap boleh diterima lagi sebagai kegunaan domestik.

 e) Ujian Elekrolisis.

Ujian Elektrolisis juga telah dijalankan dengan menggunakan Electrolyzer Water Purity Tester untuk menguji ketulinan air. Dalam ujian ini sampel air yang diambil dari sungai sebanyak 200ml telah digunakan bersama dengan 200ml sampel air tulen R.O (Reverse Osmosis) sebagai perbandingan dan bacaan untuk sampel air tulen adalah seperti  Foto 22.

bacaan-ro-water

Manakala gambar di bawah menunjukkan proses ujian sampel air sungai dengan air R.O peringkat awal ujikaji dan selepas ujikaji yang telah dijalankan. Gambar di bawah pula menunjukkan perubahan warna sampel air sungai selepas ujikaji.

ujikaji-sebelum

ujikaji-selepas

Hasil ujikaji menunjukkan bahan pencemar terlarut yang berada pada indeks 120 – 130ppm adalah terdiri daripada bahan mineral besi, manggan dan juga plumbum yang mana Dorota Z., Haman dan Del B. Bottcher (May, 1986) menyebut,  kehadiran besi dan manggan boleh dikesan dalam air yang meninggalkan kesan warna coklat kekuningan dan plumbum berwarna kehijauan.

hasil-ujikajif) Pengumpulan bahan buangan pepejal.

Dalam penentuan tahap pencemaran di sungai ini aktiviti mengumpul sampel sampah telah dibuat pada kawasan seluas 12 meter kali empat meter. Gambar di bawah menunjukkan proses mengukur kawasan kutipan sampel bahan bukan organik yang tidak larut di dalam air sungai yang kemudian dikumpul di dalam beg plastik sampah.

mengukur
kumpul-sampel

timbang-sampel

Sampel yang telah dikumpul telah ditimbang untuk mendapatkan berat bahan buangan domestik bukan organik yang tidak larut dalam air dan hasil adalah seperti berikut:

jadual-berat

Hasil kajian menunjukkan bahan pencemaran bukan organik tidak larut yang dikumpul adalah terdiri daripada bahan buangan domestik seperti plastik, lampin pakai dan buang serta komponen kenderaan. Berdasarkan kajian ini maka dapat diandaikan berat bahan pencemar bukan organik tidak reput yang terdapat di sepanjang alur sungai pada kawasan kutipan sampel ialah 0.0625Kg permeter atau 250Kg sampah yang terdapat di sepanjang alur sungai pada 1 kilometer persegi. Ini menunjukkan tahap pencemaran di sungai ini berada pada tahap sederhana. walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada tindakan awal untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia di kawasan ini maka tahap pencemaran ini akan terus meningkat.

Punca Pencemaran Sungai.

Hasil daripada tinjauan di kawasan sekitar termasuk kawasan sekolah dan juga sekitar Taman Sri Utama, menunjukkan punca pencemaran di sungai Kg. Baru yang terletak di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun adalah berpunca daripada:

a) Pelepasan air kumbahan domestik.

Dalam mengenal pasti punca masalah pencemaran sungai di kawasan ini menunjukkan aktiviti ekonomi merupakan agen penyumbang yang paling utama selain daripada pelepasan air kumbahan domestik daripada sekolah dan juga rumah kediaman di kawasan kajian.

Pelepasan terus air buangan domestik tanpa dirawat terlebih dahulu serta disalirkan terus ke dalam sistem perparitan membawa kesan buruk ke atas air sungai yang menjadi keruh berwarna kelabu asap dan juga berbau.

Gambar di bawah menunjukkan saluran paip kumbahan yang disalirkan terus daripada tandas sekolah yang menjadi penyumbang pada pencemaran air sungai.

pelepasan-kumbahan

Gambar di bawah pula menunjukkan keadaan parit yang tercemar teruk di Taman Sri Utama akibat daripada pelepasan terus air buangan domestik tanpa dirawat terlebih dahulu yang menyumbangkan pencemaran di sungai.

 parit-sebagai-agen-mengalirkan-pencemaranb) Pengurusan sampah yang lemah.

Hasil tinjauan juga menunjukkan pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Apabila hujan berlaku, sampah sarap terutama sekali bahan bukan organik yang tidak reput akan dialirkan ke dalam sistem perparitan seterusnya disalirkan ke sungai yang membawa pada pencemaran ruang. Kajian kes, menunjukkan setiap 12 meter persegi alur sungai dicemari dengan tiga kilogram bahan buangan yang terdiri daripada plastik, pecahan botol, komponen kenderaan dan juga tembikar.

Dalam tinjauan didapati juga pengurusan sampah di kawasan kajian juga sangat lemah yang mana terdapat sampah yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Gambar di bawah menunjukkan sampah sarap dibuang di tepi padang sebuah sekolah yang hanya terletak lebih kurang 15 meter dari sungai.

sampah-sekolah

Tinjauan keadaan pengurusan sampah di kawasan sekitar Taman Sri Utama juga menunjukkan  sampah sarap bertaburan yang menyebabkan ia terkumpul di dalam longkang utama. Gambar di bawah menunjukkan keadaan longkang dengan longgokan plastik dan pihak yang bertangggungjawab pula tidak mengambil inisiatif untuk membersihkannya.

timbunan-sampah

 c) Pengurusan sistem perparitan yang lemah.

Hasil tinjauan di sekitar kawasan kajian juga menunjukkan pengurusan sistem perparitan sangat lemah yang mana longkang utama tersumbat tetapi tidak ada pekerja daripada pihak majlis perbandaran membersihkannya. Gambar di bawah menunjukkan keadaan parit utama yang terletak selari dengan Jalan raya Gurun – Sungai Petani tersumbat. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat jika hujan turun lebat secara berterusan.

parit-tersumbat-di-taman-sri-utamad) Ketiadaan sistem rawatan air buangan domestik.

Kajian ini juga mendapati kawasan ini tiada sistem rawatan air buangan domestik juga menyumbangkan punca pencemaran air di sungai di kawasan kajian. Keperluan sistem rawatan air adalah sangat penting terutama sekali pengusaha kantin sekolah dan juga pengusaha makanan di Taman Sri Utama. Bahan buangan organik perlu dirawat dalam kolam takungan sebelum ia disalirkan ke dalam parit.

Gambar di bawah menunjukkan parit utama di kawasan sekolah yang menjadi penyaliran air buangan daripada kantin. Keadaan ini berlaku kerana tiada sistem rawatan air yang digunakan sebaliknya semua air yang telah digunakan disalirkan terus ke dalam parit utama.

kantin-buang-teruse) Masalah sikap tidak apa.

Keadaan sampah bertaburan dan juga longkang di kawasan dan sekitar kawasan kaijan membayangkan terdapat kitaran sikap tidak apa dalam kalangan penduduk iaitu sikap tidak apa yang melepaskan tanggungjawab menangani masalah sampah kepada pihak tertentu. Keadaan ini pula ditambah dengan masalah tiada pusat pengumpulan sampah yang teratur dan masa kutipan sampah oleh majlis perbandaran yang tidak teratur menyebabkan keadaa semakin teruk.

Langkah Mengatasi Masalah Pencemaran di Sungai.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-

 a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan khasnya di kawasan kajian termasuk Taman Sri Utama. maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).

Malah, adalah dicadangkan agar pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan kawasan perumahan khususnya Taman Sri Utama dapat diselenggara atau dinaik taraf memandangkan kawasan perumahan ini tidak mempunyai kolam takungan di samping dapat mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit denggi akibat sistem perparitan yang tidak sempurna.

Sistem perparitan semasa perlu diselenggara terutama kawasan juga pengusaha kedai makanan yang perlu membina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

 b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

Hasil tinjauan juga menunjukkan pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga di taman perumahan dan peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan di merata tempat.

Oleh itu, diperingkat sekolah pihak pengurusan perlu menimbang semula peletakan tong sampah. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu sekali atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

e) Kempen kesedaran semua peringkat.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap ‘tidak apa’ adalah perlu ditangani. Di peringkat sekolah, kempen kesedaran terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar perlu dipertingkatkan di samping penambahan kemudahan penjagaan kebersihan.

Di peringkat taman, kempen penjagaan kebersihan patut diadakan. Sekurang-kurangnya menggantung kain rentang kempen menjaga kebersihan dan jangan membuang sampah di merata tempat. Di samping itu, kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah. Kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar kita sebagai individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali kepada siapa kita sebenar yang memerlukan ‘soul reawakening’.

Rumusan.

Sebagai rumusan, sungai di kawasan kajian ini telah tercemar malah bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan kajian ini sebagai sungai ‘air keras’ sekaligus kehilangan fungsi sebagai sumber kegunaan air domestik.

Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Apabilah manusia leka mengajar kesejahteraan hidup dan keuntungan ekonomi semata-mata tanpa menghiraukan keadaan alam sekitar maka tanpa disedari tindakan manusia itu sendiri merupakan punca air sungai ini tercemar dan kotor kerana kita sebagai ahli masyarakat dalam kawasan ini tidak menyedari kesan akibat yang lebih buruk terhadap alam sekitar.

Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama menunjukkan ia menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.

Namun begitu, adalah menjadi harapan kita agar hasil kajian ini menjadi ikhtibar dan panduan kepada penduduk di kawasan  kajian  untuk mengambil inisiatif dan memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan.

Sumber Rujukan.

AccuWeather Incorporation. 2008. Gurun, Malaysia Weather Forecast – Local Weather Forecast. Diperolehi pada 16hb. Ogos 2008 dari laman web http://www.accuweather.com/world-index-forecast.asp?partner=accuweather&traveler=0&loccode=ASI|MY|MY002|GURUN

Cindy Waxer. 2006. Watching The River Flow: The Universite De Montreal’s researchers fish for answers to keep our river safety. Diperolehi pada 24hb. Ogos 2008 dari laman web http://www.innovationcanada.ca/en/articles/watching-the-river-flow

Eppresso Planet. 2005. What is TDS?. Diperolehi pada 15hb. Ogos 2008 dari laman web http://www.espressoplanet.com/what_is_tds.htm

Dorota Z. Haman dan Del B. Bottcher .1986. Home Water and Quality Safety. Diperolehi pada 26hb. Ogos 2008 dari laman web http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/AE/AE00900.pdf

Google Incorporation. 2008. Software Google Earth Version 4.3. 1600 Amphitheatre Parkway Mountain View.

Haliza Abdul Rahman. 2007. Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia, 8-9 September 2007, dibentangkan di Persidangan Geografi 2007, Anjuran UPSI. Diperolehi pada 28hb. Ogos 2008 dari laman web http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/suatu-tinjauan-terhadap-isu-pencemaran-sungai-di-msia.pdf

Jackson Bottom Wetland Preserve. 2007. Water Quality Concept. Diperolehi pada 24hb.  Ogos 2008 dari laman web http://www.jacksonbottom.org/waterquality_concepts.htm

Jabatan Perparitan dan Saliran Malaysia. n.d. A Guide to Freshwater Invertebrates of Ponds and Streams in Malaysia. FSC Publications, Montford Bridge, Shrewsbury SY4 IHW, UK

Kedah ICT. 2006. Broadband for All Malaysians – Realising MyICMS 886 Goals  pembentengan dalam workshop MYICMS 886 WORKSHOP pada 8hb. Ogos 2006. Diperolehi  pada 26hb. Ogos 2008 dari laman web http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/myicms886/session3/SESSION3.kedah.pdf

Utusan Malaysia. 2006. dalam National Biotecnology and Bioinformatics Network. Malaysia jadi pusat bioteknologi rawatan. Diperolehi pada 25hb. Ogos 2008 dari laman web http://www.nbbnet.gov.my/directories/papercut/detail.php?id=1024

[ This article has been viewed : 182 Times ]