Selamat Datang.
Laman web ini adalah evolusi laman web yang telah dibina pada tahun 1998 dan dilancarkan d bawah naungan Tripod.com. Walau bagaimanapun, akibat daripada peningkatan trafik dan juga kehadan maka pada tahun 2005 saya telah memindahkan laman ini di bawah URL www.cikguaugustine.net sehingga tahun 2008.
Malangnya, saya telah memulakan laman baru yang didedikasikan dalam kajian paranormal telah menyebabkan laman ini terabai selama beberapa bulan dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan laman berkenaan dan memindahkan semua maklumat di dalam lawan web utama Malaysian Ghost Research. Malah, saya telah menjadikan semua bahan di dalam laman ini dicapai seberapa yang mudah kepada semua pengunjung.
Sungguhpun demikian, saya mengharapkan supaya untuk menjadikan laman ini lebih bererti kepada guru dan pelajar diharap ada guru-guru Geografi dapat menyumbangkan bahan sumber P&P untuk dikongsi.
Saya juga sangat percaya bahawa kejayaan seseorang bukan bergantung kepada kebolehan intelektual semata-mata tetapi seseorang itu juga harus ada keupayaan mengadaptasi dan memahirkan diri menghadapi kesukaran yang lebih bermakna untuk membolehkan kita wujud gembira dalam quantum masa ketika ini dan pada masa hadapan.
Malahan, kebolehan seseorang menyedari dan mengenalpasti sumber yang belum diterokai di dalam diri sendiri serta menggunakannya pada tahap maksimum merupakan kunci penting dalam kejayaan hidup. Oleh itu, dengan memahami konsep MIND+BODY+SOUL sebenarnya adalah sumber kuasa kewujudan kita.
Pelik Tapi Benar...
Pernahkan anda melihat cendawan pelik? cendawan ini adalah jarang ditemui dan sukar ditemui. Apa yang menarik cendawan ini memiliki bentuk yang kelihatan seperti alat kelamin yang tegang. Lihat sejauh mana keunikan cendawan ini dalam video di bawah atau klik di sini untuk maklumat lanjut...
