Terakhir Dikemaskini
Misi
Ruangan Pendidikan
Translation Service
Now you can read our website in your own language. Please choose your own language and the translation service do the rest for you.
Now you can read our website in your own language. Please choose your own language and the translation service do the rest for you.
September 27th, 2009 by Augustine Towonsing
Kepelbagaian bentuk muka bumi, potensi dan kesan kegiatan manusia ke atas sumber hutan dan air di Yan serta perbandingan dengan kesan kegiatan manusia di Gurun, Kedah.
Oktober 10th, 2009 by Augustine Towonsing

Kajian kepelbagaian bentuk muka bumi, potensi dan kesan kegiatan manusia ke atas sumber hutan dan air yang telah dijalankan di Daerah Yan dan di Daerah Kuala Muda adalah bertujuan untuk melihat prospek masa depan sumber alam semula jadi yang menghadapi risiko kemusnahan akibat daripada kesan kegiatan manusia yang akhirya merugikan bukan sahaja penduduk setempat dan negara tetapi juga merupakan kerugian sejagat.
Dalam pada itu, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat sedikit sebanyak kesan negatif kegiatan manusia terhadap sumber alam sekitar khasnya sumber hutan dan juga air yang dikesan di kawasan kajian. Kajian impak kegiatan manusia ke atas sumber yang dibuat di kaki Gunung Jerai melalui trek Tangga Kenari memperlihatkan sedikit sebanyak impak negatif akibat daripada aktiviti manusia. Demikian juga kesan negatif kegiatan manusia yang dilihat di cawangan Sungai Kunyit di Gurun yang telah menjejaskan potensi sumber air sebagai sumber semula jadi di kawasan berkenaan.
Dalam perbandingan di kedua-dua lokasi kawasan kajian, terdapat satu persamaan yang nyata kesan negatif kegiatan manusia terhadap sumber alam khas sumber air iaitu seolah-olah sungai menjadi agen pengangkutan pelupusan bahan-bahan buangan bukan organik daripada kawasan petempatan sekaligus pada masa yang sama ia merubah pandang darat fizikal sesuatu kawasan.
Oleh itu, adalah menjadi satu harapan agar hasil kajian projek ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kesedaran di kalangan penduduk setempat termasuk semua pihak supaya menjaga sumber alam semula jadi khasnya sumber air dan hutan sebagai simpanan sumber berharga untuk masa hadapan.
August 27th, 2008 by Augustine Towonsing