Misi utama Malaysian Ghost Research
In Education adalah menyediakan satu pusat rujukan Geografi secara
online dan percuma untuk semua peringkat dalam usaha memartabatkan
Pendidikan Geografi sebagai satu mata pelajaran penting dalam
pembangunan negara. Untuk menjayakan misi ini maka sudut pendidikan
di dalam laman ini akan menyediakan pelbagai bahan pembelajaran dari
semasa ke semasa.
Ruangan Pendidikan
Malaysian Ghost Research in Education adalah sebahagian daripada
bahan pembelajaran dan juga bahan penyelidikan yang dijalankan
melalui projek-projek kajian Geografi yang akan diadakan dari semasa
ke semasa di samping bahan-bahan rujukan lain yang berkaitan dengan
pendidikan dalam pelbagai bidang termasuklah kesusasteraan, ICT dan
Geografi.
Translation Service
Now you can read our website in your own language.
Please choose your own language and the translation service do the rest for you.
Untuk menentukan supaya
laman ini terus memberi perkhidmatan percuma diharap para
pengunjung dapat membantu mengekalkan laman web ini sebagai
sumber percuma dan [
menandatangani buku pengunjung
].
Tidak ada kata laluan diperlukan untuk buat ulangkaji online dan
nota power point.
Sila klik butang
'Back' pada perisian
pelayar internet anda untuk kembali ke paparan sebelum. Latihan
yang disediakan tidak menyediakan butang untuk kembali ke
paparan ini.
Kajian
Geografi Tempatan
January
05th, 2009 by Augustine Towonsing
Kajian Geografi Tempatan merupakan sebahagian
daripada aktiviti pendidikan juga merupakan sebahagian keperluan
dalam komponen mata pelajaran Geografi peringkat menengah rendah.
Melalui Kajian Geografi Tempatan para pelajar diberikan peluang
membuat kajian sebenar mengenai isu-isu tertentu mengikut tema-tema
yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Geografi.
Aktiviti ini juga sangat penting untuk memupuk
kesedaran serta memberi peluang kepada para pelajar sendiri memahami
konsep alam dan hubungannya dengan kehidupan manusia melalui kajian
sebenar di luar bilik darjah.
Guru juga mempunyai peranan sangat penting
menanam kesedaran pentingnya kita menjaga alam sekitar yang menjadi
ruang lingkup kehidupan sejagat. Di mana, guru-guru Geografi perlu
membawa pelajar melihat sendiri keadaan sebenar kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar.
Kajian.
January
05th, 2009 by Augustine Towonsing
Berikut adalah pautan untuk kajian
tempatan yang dilaksanakan oleh para pelajar dari SMK Gurun yang
boleh dijadikan sebagai panduan bagi pelajar lain yang ingin
menjalankan kajian geografi tempatan: