Keupayaan
manusia mengubahsuai persekitaran fizikal dan menghasilkan landskap
budaya melalui penggunaan teknologi.
Februari 07th,
2012 by Augustine Towonsing
Kajian ini membincangkan
dengan terperinci tentang sejauh mana keupayaan manusia
mengubahsuai persekitaran fizikal dan menghasilkan lanskap
budaya dengan peningkatan yang semakin pesat dengan skop
yang luas melalui bantuan dan penggunaan teknologi. Kajian
ini mendapati bahawa persekitaran fizikal tidak lagi
mengehadkan keupayaan manusia menerokai alam sekitar dan
berjaya mengatasi halangan persekitaran fizikal ke arah
mencapai keharmonian hidup. Ini bermaksud bahawa manusia
bukan lagi dianggap sebagai objek pasif tetapi manusia
sebagai objek yang aktif yang sentiasa berusaha menerokai
alam sekitar dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Sebagai
manusia yang aktif dan dinamik, dengan pengetahuan yang ada
maka manusia sentiasa berusaha
mengatasi halangan persekitaran sehingga berjaya
menghasilkan lanskap budaya di atas permukaan bumi dengan
bantuan teknologi. Persoalan apakah halangan fizikal dan
bagaimana manusia mengatasi halangan? Apakah lanskap budaya?
Bagaimana teknologi membantu manusia menghasilkan lanskap
budaya? Persoalan – persoalan ini merupakan sebahagian
daripada persoalan yang cuba dijawab oleh kajian ini.
Tarikh Penyelidikan: 24/11/2002.
Suntingan semula : 07/02/2012
Kesan
kemusnahan lapisan ozon terhadap cuaca dan iklim dunia.
A14081969
February 07th,
2012 by Augustine Towonsing
Kajian
ini mendapati bahawa penipisan lapisan ozon memang berlaku
akibat daripada kesan kegiatan manusia walaupun ada juga
kesan semula jadi. di dapati juga bahawa kesan penipisan
ozon membawa kesan negatif secara global kepada cuaca secara
mikro dan juga secara global
Tarikh Penyelidikan: 10/12/2002.
Jenis-jenis hakisan tanah
akibat tindakan air mengalir, kesan terhadap alam sekitar dan ekonomi
negara.
Februari 07th,
2012 by Augustine Towonsing
Kajian ini mendapati bahawa
terdapat pelbagai jenis hakisan tanah dan juga kaedah hakisan
terjadi. Kegiatan manusia paling banyak membawa kesan dan juga
berjaya mempercepatkan proses hakisan tanah sekaligus hakisan
tanah ini membawa kepada kerugian ekonomi negara.
Tarikh Penyelidikan: 10/12/2002.
Suntingan Terakhir: 07/02/2012.
Perkembangan Pemikiran Pendekatan Geografi: Berakhirnya dominasi
Geografi Wilayah dan munculnya Geografi Spatial Sains.
February 06th,
2012 by Augustine Towonsing
Perbincangan memfokuskan lebih kepada debat di
antara Hartshorne - Schaefer secara menyeluruh dengan berdasarkan
kepada hasil penyelidikan penyelidik sebelum serta pendapat
penyelidik – penyelidik dalam perkembangan pemikiran geografi.
Tarikh Penyelidikan: 24/11/2003.
Suntingan Terakhir: 06/02/2012.
Research 314 - Geomorfologi: Tanah Runtuh.
January 07th,
2009 by Augustine Towonsing
Tajuk Kajian:
Runtuhan
Cerun: Pengenalan jenis - jenis runtuhan dan cara runtuhan
terjadi, faktor mempengaruhi, instrumen pemantauan kestabilan
cerun dan kesan runtuhan cerun ke atas sosial serta persekitaran
dan langkah - langkah pengawalan.
Kajian ini mendapati
bahawa kejadian tanah runtuh membawa kesan negatif kepada
manusia dan juga alam sekitar. Di mana pelbagai faktor yang
menyebabkan kejadian tanah runtuh sama ada secara semula
jadi atau disebabkan oleh gangguan manusia. Di samping itu,
kajian ini juga mencadangkan langkah - langkah pengawalan
serta memperkenalkan peralatan yang boleh atau sedang
digunakan dalam usaha memantau kejadian tanah runtuh.
Tarikh Penyelidikan: 15/11/2003.
Research 315 - Wetlands: Strategi mengkomersialkan sumber.
January 07th,
2009 by Augustine Towonsing
Tajuk Kajian:Wetlands: strategi
mengkomersialkan sumber.
Kajian ini mendapati
bahawa sumber wetlands boleh dikormesialkan di
mana dalam kajian ini usaha mengkormersialkan nilai
wetlands telah membawa kepada perubahan ekonomi
setempat.
Tarikh Penyelidikan: 20/11/2003.
Research 316 Kepentingan dalam hubungan tradisi manusia dengan alam
sekitar.
January 07th,
2009 by Augustine Towonsing
Tajuk Kajian:Geografi Ekonomi : Kepentingan dalam hubungan tradisi
manusia dengan alam sekitar.
Kajian ini mendapati
bahawa sumber wetlands boleh dikomersialkan di
mana dalam kajian ini usaha mengkomersialkan nilai
wetlands telah membawa kepada perubahan ekonomi
setempat.
Tarikh Penyelidikan: 01/12/2003.
Landskap
budaya, hubungan dan peranan dalam petempatan manusia.
February 06th,
2012 by Augustine Towonsing
Kajian ini cuba
menunjukkan sejauh mana landskap budaya memperlihatkan
pengaruh serta memperlihatkan ciri - ciri penempatan
manusia yang dipengaruhi oleh faktor sosial dan ekonomi.
Tarikh Penyelidikan: 23/11/2003.
Suntingan semula :
06/02/2012.
Research 416 - Perancangan alam sekitar dan pengurusan sumber.
January 07th,
2009 by Augustine Towonsing
Tajuk Kajian:
Ke arah matlamat pelupusan terbuka sifar menjelang
tahun 2020 dan sistem pengurusan sisa pepejal
bersepadu.
Kajian ini
mendapati bahawa sangat perlu untuk mengurus dan
menjaga alam sekitar sebagai tempat tinggal manusia
serta kesan terhadap kelalaian terhadap pengurusan
sumber alam. Selain dari itu, kajian ini mendapati
bahawa isu pencemaran dikaitkan dengan pencemaran
sisa pepejal yang memerlukan pengurusan yang
sistematik.
Tarikh Penyelidikan: 30/11/2004.
El-Nino: Kesan
terhadap sistem atmosfera dan sistem hidrologi Lautan Pasifik.
February 07th,
2012 by Augustine Towonsing
Kajian ini
mendapati bahawa kejadian fenomena El-Nino
sememangnya berlaku di kawasan berhampiran
Khatulistiwa khususnya hemisfera Selatan di kawasan
Lautan Pasifik yang bukan sahaja mengganggu sistem
atmosfera secara global tetapi juga membawa gangguan
ke atas sistem hidrologi.
Tarikh Penyelidikan: 09/08/2004.
Suntingan terakhir: 07/02/2012.
Pembangunan di
Malaysia dan implikasi pada pembangunan wilayah.
February 07th,
2012 by Augustine Towonsing
Kajian ini melihat hala
tuju pembangunan wilayah di negara ini nampak
kelihatan semakin kukuh dengan penyebaran ke kawasan
luar bandar melalui pembangunan sektor pertanian
melalui beberapa siri Rancangan Malaysia 1 - 8.
Tarikh Penyelidikan: 12/10/2004.
Suntingan semula: 07/02/2012.

Except where otherwise noted,
content on this site is licensed under a Creative Commons
Attribution-ShareAlike license: http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/.