August 26th,
2008 by Augustine Towonsing
Dalam usaha mengekalkan tahap
pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka
langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran
dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil
adalah seperti berikut:-
a) Menyediakan tangki takungan
bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan
air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem
perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah
dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara
menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan
Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya
memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada
kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha
kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan
dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam
sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah
bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis
perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu
diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai
pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang,
adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat
strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap
juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem
perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya
dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah
sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak
terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak
apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai
kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
Oleh itu, adalah perlu
setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri
sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang
terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini.
Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah
tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul
reawakening'.
August 26th,
2008 by Augustine Towonsing
Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika kita melihat bacaan TDS meter
iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan kajian ini sebagai
sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai sumber
keguanaan air domestik.
Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah
yang membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air
sungai ini tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar
kawasan sungai membuang sampah dan tidak memikirkan akibatnya.
Manakala, sistem perparitan sekolah
dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama dilihat menghadapi
masalah untuk menyalirkan air.
Keadaan yang
tidak terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.
Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di kawasan
kajian mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya
pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan
terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan.
Oleh itu kita perlu menjaga sistem perparitan dan kebersihan
sungai untuk bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga sungai
adalah sumber air percuma.