August 12th,
2008 by Augustine Towonsing
Dalam kajian ini, saya memilih
sungai di Kampung Baru yang terletak di belakang SMK Gurun.
Sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi di Gunung Jerai
menyaliri kawasan Gurun termasuklah Taman Murni, Taman Seri Utama,
SMK Gurun, Kg. Baru, Taman Gurun Jaya dan Pekan Gurun.
Kawasan kajian kes terletak di
latitud 5°48'5.94"U dan longitud 100°28'37.98"T yang terletak
pada aras ketinggian 25 meter dari aras laut.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar keadaan sungai di kawasan
kajian kes yang diambil sebelum kajian sebenar dibuat.


August 07th,
2008 by Augustine Towonsing

Anda dinasihatkan supaya melukis
melengkapkan bahagian petunjuk peta di atas.
Klik di sini untuk download
saiz yang lebih besar.
Gambar foto udara ini menunjukkan
lokasi kawasan kajian yang dilihat dari pandangan udara. Sila
pastikan anda mengambil sumber foto ini. SMK Gurun terletak di atas
garisan latitud 5º 48' 5'' U - 5º 48' 14'' U dan
longitud 100º 28' 38'' T - 100º 28' 45'' T dengan ketinggian 20 - 45
meter dari aras laut.

Sumber
ubahsuai: Google Earth, 2008.
Gambar foto udara ini menunjukkan
pemandangan kawasan kajian yang dilihat dari pandangan udara. Foto
udara ini memperlihatkan keadaan bentuk muka bumi kawasan Gurun yang
terletak di kaki Gunung Jerai dengan permukaan bumi yang beralun
serta dataran. Sila pastikan anda mengambil sumber foto ini.

Sumber
ubahsuai: Google Earth, 2008.
August 08th,
2008 by Augustine Towonsing
Keadaan bentuk muka di kawasan kajian yang terletak di kaki Gunung
Jerai ini adalah beralun dengan ketinggian di kawasan dataran 30 -
45 meter dari aras laut. Gunung Jerai yang merupakan kawasan yang
paling tinggi di kawasan kajian yang mempunyai ketinggian 1217
meter. Gambar di bawah adalah gambar Gunung Jerai yang diambil dari
kawasan kajian.

Kawasan kajian terletak di kawasan dataran yang luas seperti yang
ditunjukkan di dalam foto udara di bawah.

Kawasan Tanah Tinggi.
Bentuk muka bumi yang boleh dilihat di kawasan ini
ialah tanah kawasan tanah tinggi yang mempunyai ketinggian di antara
25 - 1217 meter dari aras laut. Gambar foto di bawah menunjukkan
kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan sekitar kajian.

Kawasan Lembah Sungai.
Lembah sungai kelihatan agak sempit yang terletak
di kawasan kaki bukit di sepanjang sungai yang terletak di sebelah
barat kawasan kajian. Gambar di bawah menunjukkan kawasan lembah
sungai yang terdapat di kawasan kajian.

Perubahan landskap fizikal.
Di kawasan kajian juga telah mengalami perubahan ciri fizikal di
mana kawasan lembah sungai yang sempit telah ditebus guna untuk
membina padang sekolah akibat daripada pembinaan bangunan sekolah
dan juga dewan serba guna. Gambar di bawah menunjukkan landskap
budaya yang baru untuk menambah keluasan padang sekolah yang telah
ditebus guna daripada kawasan lembah sungai yang sempit.

August 17th,
2008 by Augustine Towonsing
Gurun secara umum mengalami iklim Khatulistiwa dengan purata suhu
tahunan 27ºC dengan hujan tahunan melebih 2000mm setahun. Walau
bagaimanapun, Gurun yang terletak di utara semenanjung Malaysia
dipengaruhi oleh iklim monson tropika dengan satu musim panas yang
agak ketara yang berlaku pada bulan November hingga Mac.
Berikut adalah jadual suhu harian di kawasan kajian untuk tempoh 8
hari yang dicatat dengan berasaskan laporan harian menggunakan
satelit yang disediakan oleh AccuWeather.com.
Jadual 1: Suhu harian Gurun dari 10hb - 17hb August 2008.
|
Tarikh |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
| Suhu maksimum ºC |
31 |
31 |
31 |
31 |
31 |
31 |
30 |
31 |
|
Suhu minimum ºC |
24 |
24 |
24 |
24 |
24 |
24 |
24 |
24 |
Jadual 2: Jumlah hujan harian Gurun dari 10hb - 17hb August 2008.
|
Tarikh |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
| Hujan mm |
1.8 |
0.0 |
1 |
1.6 |
2.0 |
1.3 |
2.8 |
4.1 |

Jadual 3: Arah Tiupan Angin harian Gurun dari 10hb - 17hb August 2008.
|
Tarikh |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
| Arah Tiupan |
T |
Tg |
BL |
BD |
TL |
BD |
B |
BD |
| Kelajuan Km/jam |
3 |
4 |
8 |
4 |
20 |
6 |
1 |
16 |
August 11th,
2008 by Augustine Towonsing
Kegiatan ekonomi penduduk di Gurun terdiri daripada kegiatan
ekonomi primer, sekunder dan tertier. Ekonomi primer melibatkan
penanaman kelapa sawit, padi, jagung serta sayur-sayuran.
Kegiatan ekomoni sekunder dan tertier yang
melibatkan perkhidmatan pemprosesan dan perkhidmatan kepakaran
seperti bank dan klinik kesihatan. Dalam aspek perkembangan ekonomi
di Kedah, secara keseluruhan yang melibatkan bandar utama iaitu
Langkawi, Alor Setar, Kulim, Sungai Petani dan Gurun didapati bahawa
Gurun telah diletakkan sebagai sebuah bandar penting yang dikenali
sebagai Bandar Kenderaan Nasional berdasarkan penilaian ekonomi oleh
kerajaan negeri.

Oleh kerana Gurun terletak di tengah-tengah
persinggahan perjalanan ke utara dari Sungai Petani maka tidak
hairan bahawa aktiviti ekonomi berasaskan perindustrian industri
penting terdapat di Gurun seperti Modenas, Petronas, Perwaja dan
juga pembuat kereta nasional Naza.
Gambar foto di bawah merupakan gambar-gambar
pusat perindustrian utama yang terdapat di Gurun.



Aktiviti pertanian merupakan aktiviti penting di kawasan kajian yang
melibatkan penanaman kelapa sawit yang terdapat di sekitar kawasan
kajian. Kawasan penanaman kelapa
sawit terletak di sebelah timur dan juga di sebelah barat kawasan
kajian. Gambar foto di bawah menunjukkan kawasan penanaman kelapa
sawit yang terletak di sebelah berat kawasan kajian.

Walau bagaimanapun, kegiatan ekonomi yang pesat di kawasan kajian
sedikit sebanyak telah membawa kesan negatif ke atas alam sekitar
terutama sekali pencemaran ruang dan air.