MALAYSIAN GHOST RESEARCH IN EDUCATION

Terakhir Dikemaskini

08 February 2012 02:29:05 AM



Our Mission

The main aim of The Malaysian Ghost Research  is to share the documentation through research about the existence of life after death. Our mission is to share information and/ or to help change the perception of peoples’ narrow view about this mysterious world, through scientific research methods using a digital camera, video and audio recording.


About Our Research

The Malaysian Ghost Research is the premier paranormal website online in Malaysia and our collection of non-dust ghost orbs, ecto, human shaped apparitional ghost photos, ghost videos and EVPs is the largest collection online. The collection mostly comes from the solo investigations by a  professional paranormal investigator and ghost researcher, and from our professional sub-team investigators based in Beluran, Sabah. The dust orb found on this site is only for comparison purposes.


Kajian Tahap Pencemaran Sungai.

August 23rd, 2008 by Augustine Towonsing

Kualiti air merujuk kepada kesesuaian air untuk kegunaan manusia serta kegunaannya berasaskan kepada fizikal, bahan kimia dan juga ciri-ciri biologi. Walau bagaimanapun, Jackson Bottom Wetland Preserve ( 2007 ) menyatakan bahawa parameter kualiti air sentiasa berubah kerana ia bergantung kepada keadaan air sungai seperti keadaan aliran, tahap pencemaran dan bahan mineral yang terlarut.

Persoalan yang hendak dijawab di dalam kajian ini adalah sejauh manakah aktiviti manusia menyebabkan pencemaran di sungai yang terdapat di belakang sekolah. Untuk kajian ini beberapa ujian kaji telah dibuat untuk mengenalpasti tahap pencemaran yang berlaku.

a) Ujian Suhu.

Dalam ujikaji suhu di sungai yang dipilih sebagai tapak kajian dengan menggunakan Infra Red Thermal Scanner menunjukkan bahawa suhu air sungai adalah di antara 28.2șC hingga 28.8șC bergantung kepada lokasi dan kedalaman dasar sungai. Gambar di bawah menunjukkan Thermal Scanner digunakan untuk mendapatkan bacaan suhu air sungai mengikut kedalaman dasarnya.

Suhu sangat penting memainkan peranan terhadap hidupan akuatik dimana  Jackson Bottom Wetland Preserve ( 2007 ) menyebut bahawa suhu mempengaruhi jenis hidupan akuatik. Hasil daripada pemerhatian didapati bahawa di dalam sungai ini terdapat beberapa jenis hidupan yang telah dikenal pasti seperti ikan, siput dan juga lumut yang memainkan peranan penting sebagai penuras bahan pencemaran di dalam sungai.

Gambar di bawah menunjukkan lumut di dasar sungai serta hidupan akuatik yang memainkan peranan penting di dalam ekologi sungai.

b) Mengenal pasti Indikator Tahap Pencemaran.

Kajian ke atas hidupan akuatik ini sangat penting sebagai indikator awal terhadap tahap pencemaran di kawasan ini. Hasil daripada kajian didapati bahawa hidupan akuatik yang terdapat di kawaan ini terdiri daripada hidupan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak memerlukan oksigen yang banyak seperti siput dan berudu.

Antara lain hidupan yang dilihat di kawasan ini ialah katak, ikan, lumut, siput dan pepatung yang diketogerikan sebagai hidupan yang tahan terhadap pencemaran kerana memerlukan hanya sedikit oksigen. Di mana, mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia kajian ke atas hidupan akuatik merupakan satu kaedah indikasi untuk mengenal pasti tahap pencemaran sesuatu tempat kerana hidupan akuatik dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah oksigen, suhu, kederasan air, mineral terlarut, keamatan cahaya dan makanan.

Hasil daripada kajian didapati bahawa jenis hidupan akuatik di kawasan ini adalah termasuk dalam kategori Molluscs dengan markah 3 daripada 10 yang menunjukkan bahawa tahap pencemaran adalah agak tinggi iaitu hidupan ini dikategorikan sebagai hidupan akuatik yang hanya memerlukan sedikit sahaja oksigen.

c) Ujian kelajuan aliran air sungai.

Kajian ini penting untuk menentukan tahap pencemaran air di dalam sungai. Air yang deras boleh menyebabkan pencemaran organik tidak larut dialirkan terus ke kawasan lain. Malahan, deras atau lambat aliran air sungai juga mempengaruhi hidupan akuatik. Kenyataan ini selaras dengan hasil kajian Cindy Waxer (2006) menyebut bahawa kederasan air sungai memainkan peranan penting dalam kitaran habitat akuatik.

Sehubungan dengan itu, hasil kajian di sungai ini dengan menggunakan ping pong dan jam randek untuk mengukur kelajuan aliran sungai pada jarak 4 meter mendapati bahawa kelajuan aliran air sungai ialah 10.13 saat atau 0.4 meter sesaat. Gambar di bawah menunjukkan ujian kelajuan aliran air dengan menggunakan ping pong sedang dijalankan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan kederasan 0.4 meter persaat membolehkan organisma akuatik membiak yang membantu dalam proses peneutralan kesan pencemaran air yang terlarut di dalam sungai seperti kehadiran siput dan juga lumut.

d) Ujian Pencemar Terlarut ( Total Dissolved Solid (TDS)

Ujian TDS juga telah dijalankan di sungai ini untuk menentukan tahap pencemar terlarut di dalam sungai dengan menggunakan TDS meter. Bacaan yang diperolehi semasa bacaan TDS diambil di sungai semasa kajian dibuat ialah 12ppm dengan TDS 120ppm. Gambar di bawah menunjukkan bacaan TDS air sungai sedang diambil.

Walau bagaimanapun, bacaan sampel air yang diambil dan disimpan selama 4 hari sebelum ujian makmal dibuat menunjukkan berlaku perubahan bacaan iaitu 13ppm dengan TDS 130ppm seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Sumber : Eppresso Planet, 2005.

Berdasarkan indeks TDS yang disediakan oleh Eppresso Planet (2005) menunjukkan bahawa air sungai masuk di dalam kategori 'Air Keras' (Hard Water) yang berada pada indeks 100 - 200ppm yang dianggap boleh diterima lagi sebagai kegunaan domestik.

e) Ujian Elekrolisis.

Ujian Elektrolisis juga telah dijalankan dengan menggunakan Electrolyzer Water Purity Tester untuk menguji ketulinan air. Dalam ujian ini sampel air yang diambil dari sungai sebanyak 200ml telah digunakan bersama dengan 200ml sampel air tulen R.O (Reverse Osmosis). Gambar di bawah menunjukkan perbezaan bacaan kedua-dua sampel.

Manakala gambar di bawah menunjukkan proses ujian sampel air sungai dengan air R.O peringkat awal ujikaji.

Gambar di bawah pula memperlihatkan perubahan warna sampel air sungai selepas 5 minit yang kelihatan kekuning-kuningan.

Gambar di bawah pula menunjukkan hasil ujikaji selepas 10 minit yang memperlihatkan pembentukan kelodak. Manakala, air R.O tetap tidak berubah.

Hasil ujikaji menunjukkan bahawa bahan pencemar terlarut yang berada pada indeks 120 - 130ppm adalah terdiri daripada bahan mineral besi, manggan dan juga plumbum di mana Dorota Z. Haman dan Del B. Bottcher (May, 1986) menyebut bahawa kehadiran besi dan manggan boleh dikesan di dalam air yang meninggalkan kesan warna coklat kekuningan dan plumbum berwarna kehijauan.

f) Pengumpulan bahan organik tidak larut.

Dalam penentuan tahap pencemaran di sungai ini aktiviti mengumpul sampel sampah telah dibuat pada kawasan seluar 12 meter kali 4 meter. Gambar di bawah menunjukkan proses mengukur kawasan kutipan sampel bahan bukan organik yang tidak larut di dalam air sungai yang kemudian dikumpul di dalam beg plastik sampah.

Gambar-gambar di bawah pula menunjukkan proses mengumpul sampel di dalam linkungan kawasan 12 meter persegi sepanjang alur sungai.

Sampel yang telah dikumpul telah ditimbang untuk mendapatkan berat bahan buangan domestik bukan organik yang tidak larut dalam air dan hasil daripada kajian adalah seperti berikut:

Beg Sampel Berat Kg
Beg plastik sampah 1 0.95
Beg plastik sampah 2 0.50
Beg plastik sampah 3 0.40
Beg Plastik sampah 4 1.15
Jumlah 3.00

Jadual: Berat sampah yang dikumpul.

Hasil kajian menunjukkan bahawa bahan pencemaran bukan organik tidak larut dikumpul adalah terdiri daripada bahan buangan domestik seperti plastik, lampin pakai dan buang serta komponen kenderaan. Berdasarkan kajian ini maka dapat diandaikan bahawa berat bahan pencemar bukan organik tidak reput yang terdapat di sepanjang alur sungai pada kawasan kutipan sampel ialah 0.0625Kg semeter persegi atau 250Kg sampah yang terdapat di sepanjang alur sungai pada 1 kilometer persegi.

Ini menunjukkan bahawa tahap pencemaran di sungai ini berada pada tahap sederhana walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada tindakan awal untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia di kawasan sekitar maka tahap pencemaran ini akan terus meningkat.


Punca Pencemaran Sungai.

August 25th, 2008 by Augustine Towonsing

Hasil daripada tinjauan di kawasan sekitar termasuk kawasan sekolah dan juga sekitar Taman Sri Utama, didapati bahawa punca pencemaran di sungai Kg. Baru yang terletak di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun adalah berpunca daripada:

a) Pelepasan air kumbahan domestik.

Dalam mengenalpasti punca masalah pencemaran sungai di kawasan ini didapati bahawa aktiviti ekonomi merupakan agen penyumbang yang paling utama selain daripada pelepasan air kumbahan domestik daripada sekolah dan juga rumah kediaman di kawasan kajian.

Pelepasan terus air buangan domestik tanpa dirawat terlebih dahulu serta disalirkan terus ke dalam sistem perparitan membawa kesan buruk ke atas air sungai yang menjadi keruh berwarna kelabu asap dan juga berbau.

Gambar di bawah menunjukkan saluran paip kumbahan yang disalirkan terus daripada tandas sekolah yang menjadi penyumbang kepada pencemaran air sungai.

Gambar di bawah pula menunjukkan keadaan parit yang tercemar teruk di Taman Sri Utama akibat daripada pelepasan terus air buangan domestik tanpa dirawat terlebih dahulu yang menyumbangkan pencemaran di sungai.

 

b) Pengurusan sampah yang lemah.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Apabila hujan berlaku, sampah sarap terutama sekali bahan bukan organik yang tidak reput akan dialirkan ke dalam sistem perparitan seterusnya disalirkan ke sungai yang membawa kepada pencemaran ruang. Di mana dalam kajian kes, didapati setiap 12 meter persegi alur sungai dicemari dengan 3 kg bahan buangan yang terdiri daripada plastik, pecahan botol, komponen kenderaan dan juga tembikar.

Dalam tinjauan didapati juga pengurusan sampah di kawasan kajian juga sangat lemah di mana terdapat sampah yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Gambar di bawah menunjukkan sampah sarap dibuang di tepi padang sebuah sekolah yang hanya terletak lebih kurang 15 meter dari sungai.

Tinjauan keadaan pengurusan sampah di kawasan sekitar Taman Sri Utama juga memperlihatkan bahawa sampah sarap bertaburan yang menyebabkan ia terkumpul di dalam longkang utama. Gambar di bawah menunjukkan keadaan longkang dengan longgokan plastik dan pihak yang bertangggungjawab pula tidak mengambil inisiatif untuk membersihkannya.

c) Pengurusan sistem perparitan yang lemah.

Hasil tinjauan di sekitar kawasan kajian juga didapati bahawa pengurusan sistem perparitan sangat lemah di mana longkang utama tersumbat tetapi tidak ada pekerja daripada pihak majlis perbandaran membersihkannya. Gambar di bawah menunjukkan keadaan parit utama yang terletak selari dengan Jalan raya Gurun - Sungai Petani tersumbat. Di mana keadaan ini boleh menyebabkan banjir jika hujan turun lebat secara berterusan.

d) Ketiadaan sistem rawatan air buangan domestik.

Kajian ini juga mendapati bahawa ketiadaan sistem rawatan air buangan domestik juga menyumbangkan punca pencemaran air di sungai di kawasan kajian. Keperluan sistem rawatan air adalah sangat penting terutama sekali pengusaha kantin sekolah dan juga pengusaha makanan di Taman Sri Utama. Bahan buangan organik perlu dirawat dalam kolam takungan sebelum ia disalirkan ke dalam parit.

Gambar di bawah menunjukkan parit utama di kawasan sekolah yang menjadi pusat penyaliran air buangan daripada kantin. Di dapati bahawa tiada sistem rawatan air yang digunakan sebaliknya semua air yang telah digunakan disalirkan terus ke dalam parit utama.

e) Masalah sikap tidak apa.

Keadaan sampah bertaburan dan juga longkang di kawasan dan sekitar kawasan kaijan membayangkan terdapat kitaran sikap tidak apa di kalangan penduduk iaitu sikap tidak apa yang melepaskan tanggungjawab menangani masalah sampah kepada pihak pekerja. Keadaan ini pula ditambah dengan masalah tiada pusat pengumpulan sampah yang teratur dan masa kutipan sampah oleh majlis perbandaran yang tidak teratur menyebabkan keadaa semakin teruk.