Selamat Datang.
April
25th, 2008 by Augustine Towonsing
Penyelidik merupakan
seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun. Penyelidik telah diminta untuk
menjalankan satu kajian tentang ‘Kesan Pencemaran dan Pandang Darat di Kampung
Baru, Akibat Kegiatan Manusia. Semua ini dibuat untuk memenuhi syarat Kajian
Geografi Tingkatan 1. Kajian ini cuba mengetahui sejauh manakah air sungai yang
terdapat di kawasan kajian yang telah kehilangan fungsi dan peranan sebagai
sumber air domestik telah tercemar akibat kegiatan penduduk sekitar.
Dalam pada itu,
di dalam kajian sistem perparitan di kawasan kajian dalam usaha mencari punca
pencemaran dan perubahan pandang darat fizikal di kawasan kajian ini telah
memberi peluang kepada penyelidik mengetahui kesan aktiviti manusia ke atas alam
sekitar. Di mana, pengabaian aspek pengurusan bahan buangan membawa kesan
negatif ke atas alam sekitar itu sendiri.
Hasil bacaan
TDS meter ke atas sampel air sungai di kawasan kajian yang mencecah indeks
130ppm serta jumlah bahan buangan bukan organik yang dikumpulkan di sepanjang 12
meter persegi di alur sungai membuktikan bahawa berlaku pencemaran di kawasan
ini yang bukan sahaja mengubah status sungai sebagai sungai ‘air keras’ tetapi
juga sungai telah kehilangan fungsinya sebagai sumber air domestik.
Kajian ini
menyedarkan kita bahawa jika kita membuang sampah merata tempat akhirnya sampah
berkenaan akan berkumpul di dalam sungai maka sungai akan menjadi kotor dan
akhirnya kita sendiri yang akan rugi.
Akhir sekali,
penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini terutama
sekali pihak sekolah, cikgu Augustine dan juga cikgu Harisun yang telah menjadi
fasilitator di dalam kajian luar serta semua rakan-rakan seperjuangan kerana
sudi berkongsi maklumat.
Malaysian
Ghost Research Dalam Pendidikan
25hb. Ogos
2008.
April 20th,
2008 by Augustine Towonsing
Syukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kasih kurnia-Nya penyelidik berjaya menyiapkan kajian ini dengan
sempurna. Penghargaan ini juga penyelidik tujukan kepada kedua-dua orang
tua penyelidik iaitu ayah penyelidik ...... dan ibu penyelidik ....... kerana dengan
bantuan kewangan serta dorongan yang mereka berikan telah
membolehkan penyelidik menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
Terima kasih juga diucapkan kepada
pihak sekolah yang telah menyediakan surat kebenaran kajian serta
kemudahan lain yang membolehkan penyelidik menjalankan kajian ini.
Penyelidik
juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima
kasih kepada Cikgu Augustine Towonsing kerana dengan bantuan dan
panduan yang diberikan telah membolehkan penyelidik menjalankan kajian ini
mengikut format yang telah ditetapkan.
Akhir sekali,
penyelidik juga ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Seri
Utama, penduduk Kampung Baru serta rakan-rakan seperjuangan kerana
sudi berkongsi maklumat serta pihak-pihak yang tidak disebut di
dalam penghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau tidak
langsung.
Sekian, terima kasih.
April 20th,
2008 by Augustine Towonsing
Objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
-
Mengkaji kesan kegiatan manusia
ke atas tahap kebersihan sungai di Kampung Baru belakang Sekolah
Menengah Kebangsaan Gurun.
-
Mengkaji perubahan bentuk muka
bumi fizikal sungai akibat daripada aktiviti penduduk sekitar.
-
Mengkaji punca masalah
pencemaran dan memberi cadangan untuk mengatasi kesan pencemaran dan
tindakan manusia ke atas fungsi sungai di kawasan kajian.
April 20th,
2008 by Augustine Towonsing
Di dalam kajian ini
penyelidik telah
menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu:
(a) Kaedah
Pemerhatian
Pada 16hb Ogos 2008 dari jam 8.45 pagi
hingga 11.30 pagi, penyelidik bersama rakan-rakan penyelidik dengan
diiringi oleh guru-guru pembimbing telah menjalankan pemerhatian di
kawasan sekolah, kawasan petempatan Taman Seri Utama dan juga
Kampung Baru untuk meninjau keadaan sistem saliran. Di dalam kajian
ini, kutipan maklumat telah diambil dengan menggunakan gambar
digital.
(b) Kaedah temubual
Dalam kaedah temubual,
penyelidik telah
menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian berkaitan dengan
kesedaran terhadap fungsi, kepentingan sungai dan pencemaran di
kawasan kajian. Antara soalan yang ditanya ialah:-
1. Adakah tuan/puan menyedari
kepentingan sungai di tempat ini?
2. Adakah tuan/puan pernah
menggunakan air sungai di tempat ini untuk kegunaan seharian?
3. Adakah tuan/puan menyedari
berlakunya pencemaran di kawasan ini? pada pandangan tuan/puan,
apakah punca yang paling ketara pencemaran di kawasan ini?
4. Apakah cadangan tuan/puan untuk
mengatasi masalah pencemaran terutamanya sampah di kawasan ini?
(c) Kaedah Ujikaji
Dalam kajian ini juga
penyelidik telah
menjalankan ujian makmal menggunakan Alatan Ujikaji TDS ( Total
Dissolved Solids) serta Electrolyzer ( Water Purity Tester) untuk
mengkaji tahap pencemaran terlarut di sungai Kampung Baru, belakang
sekolah SMK Gurun.
Dinyatakan bahawa tahap pencemaran
terlarut adalah 500mg/liter ppm (parts per milion). Sekiranya indeks
pencemar terlarut mencapai 1000 ppm air berkenaan tidak selamat
untuk digunakan oleh manusia. (http://www.espressoplanet.com/what_is_tds.htm)
Di samping itu juga, penyelidik telah menjalankan ujian kederasan aliran
sungai, ketebalan bahan mendap untuk melihat kesan perubahan bentuk
muka bumi fizikal sungai dan kutipan kepelbagaian pencemaran
pepejal.
(d) Kaedah Rujukan.
Dalam kajian ini juga penyelidik telah menjalankan kajian berdasarkan
rujukan melalui buku, majalah dan juga jaringan internet untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini.
August 12th,
2008 by Augustine Towonsing
Di dalam kajian ini, antara
peralatan yang telah digunakan semasa menjalankan kajian luar adalah
seperti di dalam senarai di bawah.
1. 1 biji bola ping pong.
2. TDS (Total Dissolved Solid)
meter.
3. Water Purity Tester.
4. 1 gulung tali rafia.
5. Global Positioning System.
6. 4 batang mop.
7. Pita ukur.
8. Borang Laporan kajian luar.
9. Kamera
digital.
10. Plastik sampah
11. Timbangan
12. Jam Randik
13. Sarung tangan getah
14. 1 bekas botol air 500ml.
16. Infra Red Thermal Scanner
17. Wayar extension
18. Kasut Getah
19. Kamera Video
20. Surat Kebenaran Menjalankan
Kajian.