August 21st,
2008 by Augustine Towonsing
Tumpuan kajian ke atas sistem
saliran di kawasan ini adalah merujuk kepada sistem perparitan di
kawasan sekolah serta kawasan sekitar terutama sekali Taman Sri
Utama kerana sistem saliran memainkan peranan penting sebagai agen
pemindahan air yang berlebihan ke sistem saliran utama.
Hasil daripada tinjauan, didapati
bahawa sistem saliran di kawasan ini adalah sempurna kerana air
hujan yang berlebihan dapat dialirkan ke saliran utama. Walau
bagaimanapun, terdapat fenomena baru yang muncul iaitu sistem
perparitan di kawasan ini menjadi agen pengangkutan pencemaran air
yang menyebabkan berlaku pencemaran di saliran utama.
Hasil tinjauan juga mendapati
bahawa pengusaha industri makanan segera di kawasan kajian
menjadikan sistem perparitan sebagai sistem penyaliran air buangan
domestik yang menyebabkan pencemaran air.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan
keadaan sistem saliran di kawasan kajian yang menjadi agen
pengangkutan air buangan domestik termasuk sampah sarap. Sebagai
contoh, gambar di bawah yang diambil di belakang kantin sekolah
memperlihatkan air buangan domestik disalurkan terus ke dalam parit.

Manakala, gambar di bawah memperlihatkan timbunan sampah yang
terdiri daripada plastik yang terkumpul akibat daripada pembuangan
sampah oleh penduduk sekitar. Malah, timbunan sampah ini menunjukkan
belum ada kesedaran di kalangan penduduk terhadap kesan pencemaran
plastik ini yang tidak akan reput.

Malahan, didapati juga parit utama di Taman Sri Utama tersumbat oleh
sampah sarap serta daun yang memperlihatkan pengurusan sistem
perparitan tidak sempurna di mana sampah sarap ini akan disalirkan
terus ke sungai yang menyebabkan pencemaran.

Gambar yang seterusnya di bawah memperlihatkan sistem perparitan
menjadi agen pengangkutan air buangan domestik ke sungai yang
menjadi saliran utama di kawasan kajian.


Manakala gambar di bawah memperlihatkan parit utama yang memasuki
sungai yang memperlihatkan kesan hakisan serta timbunan sampah sarap
yang menjadi punca pencemaran di sungai yang terletak di belakang
sekolah SMK Gurun.
August 21st,
2008 by Augustine Towonsing
Dalam kajian ini, lokasi yang
dipilih terletak di atas latitud 5º 48' 6.6" Utara dan
longitud 100º 28' 38" Timur dengan ketinggian 23.9 meter dari aras
laut. Secara umum sememangnya tidak dapat disangkal berlaku beberapa
perubahan bentuk muka bumi fizikal di kawasan kajian iaitu:
A) Bentuk Muka Bumi Budaya
a) Pembinaan jambatan dan penambakan tebing sungai.
Pembinaan jambatan dan juga aktiviti penambakan tebing sungai telah
mengubah lanskap fizikal kawasan kajian. Di mana, jambatan dibina
merentasi alur sungai untuk tujuan memudahkan penduduk menyeberang
sungai. Di samping itu juga, tebing sungai telah ditambak untuk
mengurangkan kesan hakisan yang secara langsung menghalang pembinaan
alur sungai secara semula jadi yang dapat dilihat di dalam gambar di
bawah.

b) Kewujudan pusat petempatan.
Di tebing sungai juga terdapat pusat petempatan yang menyebabkan
perubahan bentuk muka bumi yang sangat ketara di kawasan ini yang
telah menyebabkan kemunculan bentuk muka bumi budaya akibat daripada
kegiatan penduduk. Gambar di bawah memperlihatkan salah satu rumah
penduduk yang tinggal di kawasan ini.

B) Bentuk Muka Bumi Fizikal
Walaupun, kawasan ini
terdedah kepada aktiviti manusia namum masih terdapat bentuk muka
bumi yang masih kelihatan yang terhasil secara semulajadi atau
akibat kemungkinan sumbangan secara langsung daripada aktiviti
manusia di kawasan ini. Antara bentuk muka bumi fizikal yang dikesan
adalah seperti berikut:-
a) Lurah 'U' Lebar.
Didapati bahawa lurah
sungai di kawasan ini kelihatan berbentuk 'U' lebar. Lurah yang
kelihatan lebar ini ada kaitan secara langsung tindakan aktiviti
manusia di kawasan tebing sungai yang menyebabkan aktiviti hakisan
tebing menjadi pesat. Gambar di bawah memperlihatkan lurah sungai
yang kelihatan berbentuk 'U'. Apa yang menarik di dalam gambar di
bawah memperlihatkan kegiatan penambakan tebing sungai untuk
mengelakkan hakisan yang mempengaruhi pembentukan lurah sungai
akibat daripada hakisan terutama sekali semasa kejadian banjir.

Lakaran rajah di bawah
menunjukkan keratan rentas bentuk lurah sungai di kawasan kajian.

Rajah: Gambaran bentuk
lurah sungai di kawasan kajian.
b) Likuan Sungai.
Bentuk muka bumi likuan
sungai juga boleh dilihat di kawasan kajian. Walaupun tebing kawasan
kajian ditutupi dengan tumbuhan namun masih kelihatan likuan sungai
yang terdapat di bahagian hulu kawasan kajian seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

C) Dataran Mendap.
Didapati juga sebahagian
daripada alur sungai menjadi tumpuan aktiviti hakisan dan juga
kawasan pemendapan yang terdiri daripada tanah dan pasir. Dalam
gambar di bawah menunjukkan kawasan dataran mendap yang telah
ditumbuhi oleh tumbuhan.

D) Tebing Curam dan
Lubuk Sungai.
Tebing curam dan lubuk
sungai juga masih dapat dikesan di kawasan kajian ini yang
memperlihatan masih terdapat bentuk muka bumi fizikal yang masih
bertahan walaupun terdapat aktiviti manusia yang pesat mempengaruhi
keadaan bentuk muka bumi asal sungai di kawasan kajian ini.

August 21st,
2008 by Augustine Towonsing
Walaupun, masih terdapat
bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan ini namun tidak dapat
disangkal bahawa terdapat kesan negatif kegiatan manusia di kawasan
ini telah membawa kemusnahan kepada bentuk muka bumi fizikal sungai
iaitu:-
a) Kemusnahan hutan.
Perubahan yang paling ketara berlaku di kawasan ini ialah pemusnahan
hutan yang kini telah diganti dengan hutan sekunder dan juga pokok
tanaman sekaligus membawa kesan secara langsung ke atas kuantiti air
sungai yang kelihatan semakin cetek dan kemungkinan kering pada
musim kemarau.
b) Sungai semakin cetek.
Dasar sungai di kawasan kajian juga kelihatan semakin cetek akibat
daripada kegiatan penduduk sekitar. Malahan, warna air sungai juga
telah berubah warna menjadi warna kelabu serta sampah sarap yang
terdapat di sepanjang sungai.


C) Pencemaran
Aktiviti manusia di
kawasan sekitar kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran air dan
juga pencemaran ruang. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa aktiviti
ekonomi yang dijalankan oleh penduduk setempat telah membawa
pencemaran di sungai yang bukan sahaja membawa kesan fizikal tetapi
juga sekaligus mengubah status sungai kepada kategori 'air keras'
dengan index TDS ( Total Disolved Solid ) mencecah 130ppm.
Malahan, berdasarkan
pengelasan air sungai yang diketogerikan dalam 5 kelas (Haliza,
2007) maka sungai di dalam kajian ini dimasukkan di dalam kategori
kelas 4 iaitu sungai tercemar tahap sederhana kerana air berbau
busuk dan air kelihatan berwarna kekelabuan atau keruh.