Last Updated
06 Jun 2008 07:09:44 am

Our Mission
The Malaysian
Ghost Research main aim is to share the documentation through
research about the existence of life after death. Our mission is to
share information and/ or to help change the perception of peoples’
narrow view about this mysterious world, through scientific research
methods using a digital camera, video and audio recording
About Our Research
The Malaysian Ghost Research collection of non-dust Ghost Orbs, Ecto,
Human Shaped Apparitional Ghost Photos, Ghost videos and EVPs is the
largest collection online in Malaysia and the only Ghost Research
site available. The collection mostly comes from the solo
investigations by a professional ghost researcher and from our
professional sub-team investigators based in Beluran, Sabah. The
dust orb found on this site is only for comparison purposes. Related
articles.
Articles related:
Soalan sering ditanya di dalam kajian
paranormal.
June 29th, 2007 by
Augustine Towonsing
S1: Adakah makhluk halus akan mengikut
kita balik apabila kita balik dari kawasan kajian?
Sepanjang saya menjalankan kajian di kawasan perkuburan sama ada
perkuburan Kristian, Islam, Cina atau India belum ada roh yang
ikut saya balik rumah. Saya bukan bomoh sekadar pengkaji alam
paranormal. Saya ingin bertanya kepada anda, selepas saya
memberi salam dan meminta diri untuk pulang tanpa mengajak anda
ikut saya balik, adakah anda akan ikut?
Sama seperti roh di kawasan kajian. Sebaik sahaja kita memberi
salam dan meminta diri roh di kawasan kajian akan mengikut kita
sehingga di sempadan kawasan perkuburan sahaja. Ini berdasarkan
gambar yang saya ambil di kawasan kajian semasa berada di luar
sempadan di mana orb yang dirakam berada di kawasan sempadan
sahaja. Maknanya roh berkenaan menghantar kita untuk balik
tetapi tidak akan mengikut kita balik.
S2:Perlukah kita meminta keizinan untuk
memasuki kawasan kajian?
Perlu atau tidak perlu adalah bergantung kepada kawasan
kajian. Tidak semua kawasan kajian atau perkuburan adalah
kawasan larangan. Permit perlu apabila kawasan kajian berkenaan
mempunyai penjaga jika tidak adalah tidak perlu.
Anda harus ingat bahawa tidak semua kawasan perkuburan adalah
bersih atau terjaga. Ada yang semak. Jika anda ingin membuat
kajian di kawasan perkuburan yang semak pastikan anda membuat
tinjauan pada waktu siang untuk memudahkan penyelidikan pada
waktu malam.
Berdasarkan kepada pengalaman saya, anda boleh menjalankan
kajian di kawasan perkuburan secara solo berbanding dengan
kawasan perkuburan yang semak atau di kawasan hutan kerana
bahawa di kawasan hutan adalah lebih mencabar kerana bahaya
mungkin datang daripada haiwan buas jadi kajian di kawasan
seperti ini memerlukan beberapa orang ahli penyelidik.
S3: Apakah perlu pendinding diri semasa
menjalankan kajian paranormal?
Sesetengah pengkaji paranormal mempercayai perlu ada
pendinding diri sebagai perlindungan tetapi sesetengah pula
tidak mempercayainya seperti Dr. Dave pengasas International
Ghost Hunters Society kerana menurut beliau tidak ada Demonic
Spirit.
Walau bagaimanapun, kita harus sedar bahawa sebagai langkah
berjaga-jaga adalah baik. Tetapi bagi saya sendiri, saya tidak
membawa apa-apa kerana kunci yang saya bawa hanya FIKIRAN
POSITIF DAN TERBUKA saya berfikiran positif bahawa roh yang saya
kaji adalah roh yang baik. Sepanjang 4 tahun dalam kajian
paranormal secara solo saya belum mengalami serangan hantu.
Jadi, jika anda berfikir anda perlu membawa pendinding bukan
satu kesalahan. Walau bagaimanapun, pengkaji seperti Dr. Dave
tidak bersetuju dengan sikap membawa pendinding daripada
serangan roh jahat kerana beliau membuat alasan bahawa dengan
membawa pendinding akan menghalau roh kerana dikaitkan dengan
‘Menghalau Hantu’.
Malahan sesetengah pengkaji mempercayai bahawa kadangkala
pendinding seperti batuan akan menarik tenaga jahat. Terpulang
kepada pengkaji sama ada perlu membawa pendinding atau tidak. Of
course, perlindungan yang paling berkesan adalah penyerahan diri
kita kepada Tuhan jadi membawa sesuatu penyelidikan akan datang
di dalam doa untuk mendapatkan perlindungan adalah satu
perlindungan yang paling BAIK daripada menyandarkan diri kepada tangkal.
S4:Bagaimana mengelakkan kejadian diserang
atau dirompak semasa menjalankan kajian?
Sepanjang saya menjalankan kajian saya belum melihat sesiapa di
kawasan kajian dan saya belum mendapat laporan daripada
pengkaji-pengkaji di barat tentang kejadian seumpamanya. Walau
bagaimanapun, perkara seperti ini memang tidak dapat dielak jika
Tuhan membenarkan sesuatu kejadian harus terjadi maka tidak
dapat dielakkan. Oleh itu, untuk mengelak daripada kejadian
seperti ini maka saya cadangkan agar anda menyerahkan sesuatu
penyelidikan itu kepada Tuhan di samping memohon perlindungan.
Perkara penting yang boleh dibuat adalah membuat tinjauan di
kawasan kajian pada waktu siang dan jika perlu buat pelan
kawasan kajian dan juga meminta kebenaran daripada penjaga kubur
jika kawasan perkuburan mempunyai penjaga. Jangan lupa membawa
buah tangan kepada penjaga kubur kerana buah tangan penting
sebagai alat mengurangkan keraguan.
Jika anda masih ada pertanyaan lain
klik di sini
untuk membaca artikel di dalam bahasa Inggeris