Last Updated
14 Julai 2008 07:40:43 am

Our Mission
The main aim of The Malaysian
Ghost Research is to share the documentation through
research about the existence of life after death. Our mission is to
share information and/ or to help change the perception of peoples’
narrow view about this mysterious world, through scientific research
methods using a digital camera, video and audio recording.
About Our Research
The Malaysian Ghost Research
is the premier paranormal website online
in Malaysia and our collection of non-dust ghost orbs, ecto,
human shaped apparitional ghost photos, ghost videos and EVPs is the
largest collection online. The collection mostly comes from the solo
investigations by a professional paranormal investigator and ghost researcher, and from our
professional sub-team investigators based in Beluran, Sabah. The
dust orb found on this site is only for comparison purposes.
Articles related:
Tatatertib kajian paranormal.
June 29th, 2007 by
Augustine Towonsing
Kunci paling utama yang harus ada
bagi seseorang menjalankan kajian
ialah minda yang terbuka dan
positif. Mengikut pengkaji-pengkaji
lain terdapat beberapa tatatertib
yang harus diikuti semasa
menjalankan kajian untuk menentukan
kejayaan dalam sesuatu penyelidikan
iaitu:
Persedian Individu.
- Berfikiran positif dan terbuka.
-
Memberi salam atau memperkenalkan
diri kepada roh di kawasan kajian.
-
Memberi sekurang-kurangnya 5
hingga 10 minit kepada roh di
kawasan kajian mengenali diri
kita.
-
Sentiasa berfikiran positif dan
percaya bahawa apapun kita pasti
dapat memperolehi gambar
paranormal.
- Jangan lupa membawa pengenalan diri
anda.
Persediaan peralatan.
Terpulang kepada anda apa yang anda
hendak bawah, bagi saya peralatan
yang saya biasa bawa:
- Lampu suluh.
- Kompas.
- Kamera Digital dengan Lampu Luaran.
-
Kamera Video dengan lampu luaran @
Lampu luaran Infra Red.
-
Pen dan Buku Catatan – Log mula
kajian dan juga catatan perkara log
aktiviti.
-
Perakam suara – Kadang-kadang sahaja
saya bawa.
Sebenarnya jika banyak peralatan
yang boleh digunakan untuk
melaksanakan kajian paranormal
tetapi harga adalah sangat mahal
seperti Infra Red Scanner dan Infra
Red Termel. Jika anda melaksanakan
kajian secara sendirian kurangkan
peralatan kerana terlalu sukar untuk
menyelenggarakannya.
Semasa Di Kawasan Kajian.
- Sentiasa berfikiran positif dan
terbuka.
- Jangan berlari atau berlari-lari di
kawasan kajian.
-
Sentiasa bersikap hormat. Ingat
bahawa roh di kawasan kajian adalah
manusia yang mempunyai perasaan cuma
tidak mempunyai tubuh.
-
Ambil gambar sebanyak yang boleh.
Fokus lampu dalaman kamera biasa
adalah di antara 4 hingga 12 kaki.
Jadi, ambil gambar dalam lingkungan
ini.
-
Tali kamera harus dipegang atau
diletakkan pada leher. Jika rambut
anda panjang pastikan anda ikat.
Semasa
Meninggalkan Kawasan Kajian.
-
Selepas selesai mengambil gambar,
ucapkan terima kasih kepada roh yang
terdapat di kawasan kajian.
-
Beri salam terakhir dan minta diri
untuk pulang sebagaimana anda
memberi salam dan meminta diri
kepada rakan-rakan anda.
Sepanjang pengalaman saya semasa
menjalankan kajian memang saya
merasakan bahawa ada roh yang suka
mengusik terutama sekali kali
pertama kita memasuki kawasan
berkenaan. Tetapi dalam pengalaman
saya, terdapat pokok yang digoncang
di hadapan saya walaupun tidak
berangin. Sebenarnya ini adalah
peluang untuk melihat sendiri dan
mengalami bagaimana dunia paranormal
berhubung dengan kita. Biasanya
tindakan yang saya ambil saya
memberi salam dan memperkenalkan
diri kepada roh berkenaan dan
biasanya akan hilang begitu sahaja.
Biasanya penampakan sering saya
lihat apabila membuat rakaman video.
Tetapi pada masa ini biasanya saya
akan berdiam diri dan menumpukan
perhatian terhadap apa yang saya
lihat melalui skrin dan meneruskan
rakaman.
Perkara yang perlu dielak semasa menjalankan kajian paranormal.
June 29th, 2007 by
Augustine Towonsing
Sebagai pengkaji alam paranormal
terdapat beberapa perkara yang harus
dielakkan. Malahan protokol dan
standard menjalankan penyelidikan
paranormal ini saya pelajari
daripada pengalaman dan juga dari
protokol dan standard daripada
IGHS.Mengikut pengkaji-pengkaji
profesional dan juga Standard dan
Protokol kajian IGHS terdapat
beberapa perkara yang harus
dielakkan:
- Jangan menjalankan kajian semasa
kurang sihat atau emosi tidak
tenteram kerana aura perlindungan
kita akan berkurangan.
- Jika anda marah jangan keluar ke
kawasan kajian kerana perasaan marah
akan menyebabkan roh di kawasan
kajian turut marah.
- Jangan membawa seseorang yang
mempunyai emosi yang tidak tenteram
atau marah kerana akan menarik
tenaga jahat dan roh lain akan
mengelakkan diri daripada roh yang
sedang marah.
-
JANGAN SEKALI-KALI MEMBAWA SESEORANG
YANG TIDAK PERCAYA kewujudan roh
atau hantu.
- Jangan sekali-kali mengambil minuman
keras atau dadah sebelum menjalankan
kajian.