Blog, General Education

Aplikasi Telegram Dalam Pendidikan, Video Tutorial Dan Kepenggunaan

Telegram merupakan aplikasi sosial yang bukan sahaja popular dan selamat digunakan tetapi juga ia mampu menjana keberkesanan pengurusan pendidikan. Aplikasi ini mampu menjadi medan pertemuan para pendidik melalui group dan supergroup yang mana aplikasi ini menampung keperluan pengguna dalam supergroup sehingga 10,000 pengguna. Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri istimewa yang mampu menggantikan penggunaan email dan tidak terdapat dalam aplikasi WhatsApp.

Cite this article as: Augustine Towonsing. (October 18, 2017). Aplikasi Telegram Dalam Pendidikan, Video Tutorial Dan Kepenggunaan. Retrieved from https://www.malaysian-ghost-research.org/aplikasi-telegram-dalam-pendidikan/
Telegram Desktop
Kepenggunaan Aplikasi Telegram Dalam Pendidikan

Telegram Dalam Pendidikan

Aplikasi ini berpotensi sebagai satu media aplikasi yang dapat membantu keberkesanan dalam pengurusan pendidikan sama ada secara individu, kumpulan atau organisasi kerana ciri-ciri yang melampaui kemampuan aplikasi lain seperti WhatsApp yang mempunyai kehadan tersendiri seperti ahli group yang terhad, sukar menghantar fail untuk diri sendiri dan juga media yang dihantar akan hilang.

Kelebihan

Seperti yang saya katakan, aplikasi ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan sahaja ianya selamat digunakan, tetapi juga mempunyai fungsi ‘Chat Self Destructition’ yang mana secret chat yang telah diset untuk musnah secara automatik selepas beberapa waktu mengikut set pengguna. Aplikasi ini juga tidak menyebabkan peranti telefon bimbit menjadi berat kerana semua fail, media disimpan dalam cloud server berbanding aplikasi WhatsApp. Media yang dihantar dalam telegram akan tersimpan sebagai rujukan pada masa hadapan. Yakni, aplikasi ini berfungsi seperti facebook. Satu lagi keistimewaan aplikasi ini ialah kemampuan untuk berborak dengan diri sendiri. Dengan sendirinya, fungsi Self Chat membenarkan kita menghantar fail kepada diri sendiri dan fail berkenaan boleh dibuka pada peranti lain. Malah, pemindahan fail adalah sangat mudah dan cepat berbanding penggunaan email. Pengurusan group yang besar juga sangat mudah, bukan sekadar pengurusan group, aplikasi ini juga mampu digunakan untuk menghantar update dari laman web terus kepada Channel yang dipilih.

Panduan Pengguna

Oleh kerana kemampuan aplikasi ini membantu dalam proses pengurusan pendidikan yang berkesan maka saya telah menggunakan aplikasi ini dalam organisasi sekolah, organisasi pendidikan dan juga pengurusan dalam laman web. Berikut adalah Video Tutorial yang telah saya sediakan untuk membantu pengguna menggunakan aplikasi ini secara berkesan. Video Tutorial ini akan saya tambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Untuk video tutorial dan panduan kepenggunaan, saya telah menambah video tutorial berikut untuk dijadikan panduan:

  1.  Video Tutorial Panduan Pemasangan Telegram Desktop
  2.  Video Tutorial Panduan Memasang Gambar Profail
  3.  Video Tutorial Pengurusan Fail, Media dan Carian
  4.  Video Tutorial dan Panduan Chat With Yourself
Telegram Dalam Pendidikan
  
4 videos
Telegram Desktop - Video Tutorial Panduan Pemasangan Telegram Desktop
26 views
0    0
Published at 2017, October 18
Video Tutorial panduan pemasangan Telegram Desktop untuk tujuan pendidikan.
Show More

Cite this article as: Augustine Towonsing. (October 18, 2017). Aplikasi Telegram Dalam Pendidikan, Video Tutorial Dan Kepenggunaan. Retrieved from https://www.malaysian-ghost-research.org/aplikasi-telegram-dalam-pendidikan/

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]


LEAVE A COMMENT:
The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 24 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2017 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.