Geography Education, Pemikiran Geografi

Benarkah Bumi Berbentuk Sfera?

Mungkin ada yang terbaca satu teori konspirasi mengenai pandangan bahawa sebenarnya bumi ini adalah datar dan bukanya berbentuk bulat atau sfera. Persoalan ini sangat menarik yang memerlukan penyelidikan sepanjang hayat dan mungkin juga beberapa hayat generasi akan datang. Tetapi, mempercayai bumi ini sebagai datar sememangnya sesuatu di luar norma pemikiran geografi kerana pemikiran pengetahuan manusia geografi  menerima bumi sebagai bulat atau lebih tepat berbentuk sfera.

Jika Bumi adalah datar…

Konspirasi teori mengenai Bumi yang datar ini semakin popular sejak tahun 2009 yang didukung sekitar 200 orang dari US dan juga Britain. Manakala kebanyakan kita berada pada aliran konspirasi teori bumi ini berbentuk bulat atau sfera yang diasas oleh NASA dan disokong oleh banyak agensi kerajaan.

Teori bumi ini datar mengambil Antartika sebagai model dengan mengambil keluasan 150 padang bola dan percaya bumi ini adalah datar menyerupai sebuah piring. Teori ini berasaskan pada teori Zetetic Method. Walau bagaimanapun, Wolchover (2012 dalam livescience.com) kata teori ini tidak dapat memenuhi keseluruhan penjelasan untuk menjelaskan gambar yang besar. Apa yang dapat saya simpulkan, teori ini adalah benar bila kita melihat satu kawasan yang kecil atau apabila melihat satu bahagian kecil daripada satu gambar yang besar.

Sama dengan kita berada di atas ruang yang luas kita merasa bumi adalah datar di atas lokasi di mana kita sedang berdiri tetapi berbeza apabila kita melihat ruang ini secara keseluruhan. Oleh itu, pada saya sebagai geographer, saya melihat pada alam. Alam menceritakan segalanya. Bila saya mendongak ke langit saya dapat lihat bulan itu berbentuk bulat dan rakaman bulan penuh yang saya rakam menggunakan teleskop menunjukkan bulan berbentuk sfera. Pada awal pagi ketika matahari sedang terbit, matahari yang kita lihat juga berbentuk bulat. Jika bulan dan matahari kelihatan bulat, adakah pula bumi persegi? Secara peribadi, saya melihat bumi berbentuk bulat kerana saya melihat pada gambaran alam yang lebih besar.

Rakaman bulan penuh dari Sungai Petani menggunakan teleskop – 12.01.2017 @ 08:32pm

Saya tidak melihat di mana saya berdiri dan menganggap permukaan bumi adalah datar walaupun pada realitinya pada skala kecil kita dapat merasa seolah-olah bumi adalah datar. Berbalik pada persoalan, benarkah bumi ini bulat. Jawapan saya, Gambaran alam yang luas menunjukkan bulan dan matahari berbentuk bulat dan oleh kerana bumi sebahagian daripada sistem suria maka bumi juga mewarisi ciri-ciri sistem suria yang lain. Bumi itu datar adalah benar apabila kita menganalisisnya pada satu skala yang kecil seperti teori konspirasi bumi adalah datar.


Sumber:
http://www.livescience.com/24310-flat-earth-belief.html

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]


LEAVE A COMMENT:
The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 24 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2017 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.