Geography Education

e-RP Geografi: Aplikasi Penulisan Rancangan Mengajar

1.0 Pengenalan

e-RP Geografi atau elektronik Rancangan Pengajaran Geografi merupakan satu aplikasi yang ditulis khas untuk kegunaan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Geografi dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Penghasilan aplikasi ini telah mengadaptasi reka bentuk penulisan rancangan pengajaran harian dari Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Johor dengan sedikit pengubah suaian. Aplikasi ini telah dihasilkan mengikut keperluan semasa berdasarkan surat PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1999 pada klausa perkara 4:

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain…

Di samping itu, penulisan aplikasi ini ditulis sepenuhnya berdasarkan Sukatan Pelajaran Geografi, Huraian Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan buku-buku teks Geografi yang diguna pakai di sekolah-sekolah di Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penulisan e-RP Geografi yang bermula dengan versi 1 dan kini sudah sampai pada versi 8 adalah diilhamkan melalui pengalaman saya sebagai guru Geografi selama 22 tahun melalui refleksi dalam pengurusan pendidikan pada masa kini yang bukan sahaja sangat mencabar tetapi memerlukan satu bentuk pengurusan yang mampu menjalankan tugasan yang pantas, tepat dan bermakna.

Dalam pada itu, saya yakin pada masa hadapan Geografi akan menjadi salah satu mata pelajaran penting di sekolah. Trend menunjukkan di negara-negara maju, mata pelajaran Geografi mula kembali sebagai satu mata pelajaran penting dalam sistem pendidikan. Malah, jika istilah Geografi Metafizikal digunapakai dalam pendekatan pemikiran Geografi sudah tentu kita akan menyedari bahawa Geografi itu sendiri merupakan landasan pengetahuan tentang kewujudan alam melalui kaca mata Geografi Fizikal yang sebenarnya diasas dari Geografi Metafizikal.

aplikasi utama e-RP Geografi

2.0 Pengenalan aplikasi

Aplikasi e-RP Geografi merupakan aplikasi yang dinamik bagi penyediaan penulisan rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Geografi tingkatan satu, tingkatan dua, tingkatan tiga, tingkatan empat dan tingkatan lima dan tingkatan 6. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi berasaskan aplikasi Visual Basic yang beroperasi berasaskan perisian MS Excel sahaja dengan menggunakan teknologi VBA – Visual Basic Application . Aplikasi ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Aplikasi ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pengaturcaraan input yang menjadi data input pada aplikasi itu sendiri dan juga output pengguna. Secara umum aplikasi ini dapat dilihat seperti video di bawah.

3.0 Manual Pengguna

Panduan kepenggunaan aplikasi ini secara menyeluruh boleh dirujuk melalui Manual Pengguna yang telah disediakan di bawah. Pengguna juga boleh muat turun panduan ini atau melihat secara menyeluruh kepenggunaan aplikasi ini dalam penyediaan rancangan pelajaran harian. Untuk muat turun manual pengguna, sila gunakan butang download yang telah ditetapkan dengan meletakkan tetikus di atas paparan Manual Pengguna.

Manual Pengguna e-RP Geografi Versi 8

4.0 Dapatkan Aplikasi ini

Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi e-RP Geografi Versi 8.2 Pro, pengguna hanya perlu membayar RM50.00  sekali sahaja dan upgrade aplikasi yang seterusnya adalah percumaBayaran ini digunakan untuk pembangunan aplikasi dan juga menampung kos penyelenggaraan laman web yang semakin meningkat dan selebihnya bolehlah saya minum segelas kopi sambil menulis aplikasi ini.

4.1    Keperluan Asas Aplikasi

Sebelum anda ingin mendapatkan aplikasi berbayar pastikan anda menentukan keperluan minimum menepati keperluan.

4.1.1  Microsoft Office 2010

4.1.2 Paparan minimum  1280 x 800 pixels

4.1.3 Memory 250mb lebih tinggi lebih baik

4.1.4 Ruang 20mb

4.1.4 Sambungan internet – Optional diperlukan untuk akses sumber bahan pembelajaran dari internet

4.15 Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Windows 10

4.2    Cara Pembayaran Dan Penghantaran Aplikasi

Bayaran boleh dibuat melalui bank deposit atau kiriman wang atas nama AUGUSTINE BIN TOWONSING. Bayaran ialah RM50.00  sahaja.

4.2.1 Bank Transfer atau Bank Deposit – Akaun bank akan dihantar melalui Telegram, SMS atau WhatsApp.

4.2.2 Nombor akaun akan dihantar secara personal massage kepada anda selepas anda buat pesanan.

4.2.2 Snap slip bank deposit dan hantar kepada saya melalui Telegram atau WhatsApp

No. Telefon Bimbit: 019 – 480 3177

Telegram ID: Augustine Towonsing

WhatsApp ID: Augustine Towonsing

4.2.3 Sebaik sahaja pembayaran diterima, aplikasi akan dihantar melalui media pilihan anda.

5.0 Perbezaan Antara Versi e-RP Geografi 8.2 Essential Dan e-RP Geografi 8.2 Pro

Perbezaan di antara kedua-dua versi  ini ditunjukkan dalam jadual di bawah.

perbezaan e-rp geografi

6.0 Aplikasi Change Log

Tarikh: 27/08/2016, 11:04 PM
1. Critical update Versi 8.1 ke 8.2
2. Fixed for critical security issue.
4. Fixed bugs.

7.0 Borang Pesanan e-RP Geografi Versi 8.2 Pro

Untuk pesanan aplikasi e-RP Geografi Versi 8.2 Pro, sila isikan borang di bawah dan SUBMIT. Sila salin maklumat yang berkaitan sebagai rujukan anda. Pesanan anda akan diproses sebaik sahaja saya menerima slip pembayaran. Pastikan anda mempunyai aplikasi Telegram untuk memaksimumkan bantuan express. Setakat ini, saya menggunakan aplikasi ini untuk tujuan pendidikan.


8.0 Download e-RP Geografi 8.2 Essential [ Basic ]

Untuk pengguna lama  anda boleh download aplikasi di bawah. Nombor siri aplikasi diedarkan dalam channel Telegram Aplikasi e-RP Harian Guru. Bagi pengguna e-RP Geografi 8.2 Pro, aplikasi akan dihantar terus kepada anda termasuk aplikasi peningkatan pada masa hadapan. 

PerkaraData
Aplikasi: e-RP Geografi
Versi Aplikasi: 8.2
Status Aplikasi: Aplikasi Penuh [ Pro ]
Kegunaan: Menjana RPH Tingkatan 1 - Tingkatan 6
Download Aplikasi: e-RP Geografi Versi 8.2 Pro


9.0 Pertanyaan Tentang Aplikasi Penuh e-RP Geografi Versi 8.2

Jika anda ada sebarang kemusyikilan atau pertanyaan, anda boleh tanya melalui ruang komen di bawah, SMS, email,  Telegram dan WhatsApp di nombor telefon: 019 – 480 3177.


Cite this article as: Augustine Towonsing, "e-RP Geografi: Aplikasi Penulisan Rancangan Mengajar," in Malaysian Ghost Research, August 27, 2016, https://www.malaysian-ghost-research.org/e-rp-geografi-aplikasi-penulisan-rancangan-mengajar/

Related Post

The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 22 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.
Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

Average rating:  
 4 reviews
by Mohd. Zain Abdul Laman on e-RP Geografi
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: Ya
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: Pro

Saya baru mula guna aplikasi ini tapi sejak menggunakan aplikasi ini saya tidak pernah lagi sangkut hantar rph pada hujung minggu. Terima kasih.

by Cikgu Chandrasegaran on e-RP Geografi
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: Ya
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: e-RP Geografi Pro 8.2

Terima kasih tuan. Aplikasi ini banyak membantu saya menyediakan rancangan harian dengan cepat. Aplikasi ini telah menjimatkan masa saya.

by Nur Maisarah Hj. Damsah on e-RP Geografi
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: Ya
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: Essentials

Sangat bagus. Dengan aplikasi ini, kini saya dapat menyediakan rph 3 hari awal. Amat baik lagi kalau mata pelajaran lain seperti pendidikan moral diintegrasikan dengan aplikasi ini. Saya mengajar geografi tingkatan 2 dan pendidikan moral. Thank you.

by James Paulus on e-RP Geografi
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: Ya
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: Pengguna Pro e-RP Geografi 8.2

Saya baru menggunakan produk tuan dan saya dapati perisian ini sangat membantu. Dulu saya selalu tiada masa untuk hantar rph. Tapi dengan aplikasi ini saya dapat sediakan rph dalam beberapa klik sahaja. Terbaik. Harap akan ada peningkatan lagi.

Copyright © 2016 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Comment