General Education, Geography Education, Pemikiran Geografi

e-RP KSSM Generator Dan e-RP KBSM Generator RPH Guru

1.0 Pengenalan

e-RP KSSM Generator atau elektronik Rancangan Pengajaran Geografi merupakan satu aplikasi yang ditulis khas untuk kegunaan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Geografi dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 berdasarkan pada template format RPH KSSM dan juga RPH KBSM. Aplikasi ini juga turut memuatkan mata pelajaran Sejarah KSSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Penghasilan aplikasi ini telah mengadaptasi reka bentuk penulisan rancangan pengajaran harian dari Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Johor dengan sedikit pengubah suaian. Aplikasi ini telah dihasilkan mengikut keperluan semasa berdasarkan surat PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1999 pada klausa perkara 4:

Cite this article as: Augustine Towonsing. (January 23, 2018). e-RP KSSM Generator Dan e-RP KBSM Generator RPH Guru. Retrieved from https://www.malaysian-ghost-research.org/e-rp-geografi-penulisan-rancangan-mengajar/

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain…

Penulisan e-RP KSSM Generator bermula dengan e-RP Geografi yang bermula dengan versi 1 dan kini sudah sampai pada versi 9.1 adalah diilhamkan melalui pengalaman saya sebagai guru Geografi selama 25 tahun melalui refleksi dalam pengurusan pendidikan pada masa kini yang bukan sahaja sangat mencabar tetapi memerlukan satu bentuk pengurusan yang mampu menjalankan tugasan yang pantas, tepat dan bermakna.

Dalam pada itu, saya yakin pada masa hadapan Geografi akan menjadi salah satu mata pelajaran penting di sekolah. Trend menunjukkan di negara-negara maju, mata pelajaran Geografi mula kembali sebagai satu mata pelajaran penting dalam sistem pendidikan. Malah, jika istilah Geografi Metafizikal digunapakai dalam pendekatan pemikiran Geografi sudah tentu kita akan menyedari bahawa Geografi itu sendiri merupakan landasan pengetahuan tentang kewujudan alam melalui kaca mata Geografi Fizikal yang sebenarnya diasas dari Geografi Metafizikal.

2.0 Pengenalan aplikasi

Aplikasi e-RP KSSM GENERATOR yang memuatkan 2 sub aplikasi iaitu e-RP Geografi KSSM yang merupakan aplikasi yang dinamik bagi penyediaan penulisan rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Geografi tingkatan satu dan tingkatan dua. Aplikasi ini juga turut dibundle bersama aplikasi e-RP KBSM GENERATOR v10.0 yang memuatkan mata pelajaran Geografi  tingkatan tiga, tingkatan empat dan tingkatan lima dan tingkatan 6. Dalam aplikasi ini juga dimuatkan sub aplikasi e-RP Sejarah KSSM yang memuatkan Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi berasaskan aplikasi Visual Basic yang beroperasi berasaskan perisian MS Excel sahaja dengan menggunakan teknologi VBA – Visual Basic Application . Aplikasi ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Aplikasi ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pengaturcaraan input yang menjadi data input pada aplikasi itu sendiri dan juga output pengguna. Imej di bawah adalah antara muka aplikasi ini.

CONTOH HASIL JANAAN e-RP KSSM GENERATOR

SELASA-23.01.2018

e-RP KSSM Generator whole aplikasi

3.0 Dapatkan Aplikasi ini

Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi berbayar, pengguna hanya perlu membayar RM105.00 sekali sahaja dan upgrade aplikasi yang seterusnya adalah percumaDengan bayaran ini anda akan mendapat e-RP KBSM Generator (e-RP Geografi T3, e-RP Geografi T4, e-RP Geografi T5 dan e-RP Geografi T6)  bundle dengan e-RP KSSM GENERATOR (e-RP Sejarah KSSM dan e-RP Geografi KSBM )+ Life Time Upgrade bayar sekali.

3.1    Keperluan Asas Aplikasi

Sebelum anda ingin mendapatkan aplikasi berbayar pastikan anda menentukan keperluan minimum menepati keperluan.

4.1.1  Microsoft Office 2010

4.1.2 Paparan minimum  1280 x 800 pixels

4.1.3 Memory 250mb lebih tinggi lebih baik

4.1.4 Ruang 20mb

4.1.4 Sambungan internet – Optional diperlukan untuk akses sumber bahan pembelajaran dari internet

4.15 Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Window 10

3.2    Cara Pembayaran Dan Penghantaran Aplikasi

Bayaran boleh dibuat melalui bank deposit atau kiriman wang atas nama AUGUSTINE BIN TOWONSING. Bayaran sebenar bergantung pada pilihan anda semasa membuat pesanan aplikasi melalui borang di bahagian bawah.

4.2.1 Bank Transfer atau Bank Deposit – Akaun bank akan dihantar melalui Telegram, SMS atau WhatsApp.

4.2.2 Nombor akaun akan dihantar secara personal massage kepada anda selepas anda buat pesanan.

4.2.2 Snap slip bank deposit dan hantar kepada saya melalui Telegram atau WhatsApp

No. Telefon Bimbit: 019 – 480 3177

Telegram ID: Augustine Towonsing

WhatsApp ID: Augustine Towonsing

4.2.3 Sebaik sahaja pembayaran diterima, aplikasi akan dihantar melalui media pilihan anda.

4.0 Perbezaan Antara Versi Essential, PRO dan PRO X.

Perbezaan di antara  versi  ini ditunjukkan dalam jadual di bawah. Aplikasi ini adalah aplikasi DINAMIK dan kos penyelenggaraan aplikasi ini akan meningkat dari semasa ke semasa mengikut mata pelajaran yang akan saya tambah dari semasa ke semasa. Jadi bertindak sekarang sebelum kos bertambah.

5.0  Download Versi ESSENTIAL

Anda ingin mencuba dahulu versi ESSENTIAL? Tiada masalah, anda boleh download dan guna sehingga anda puas hati terlebih dahulu.

[ KLIK DI SINI UNTUK GUNA VERSI ESSENTIAL ]

________________________________________

Anda ingin mendapatkan kod Upgrade untuk Member Upgrade? Join group VIP Member e-RP Harian Guru dalam Telegram dan tanya Admin tentang VIP Member Upgrade

[ VIP Member untuk e-RP Harian Guru ]

________________________

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]

6.0 Borang Pesanan Versi PRO dan PRO X

Untuk pesanan aplikasi versi PRO atau PRO X berbayar, sila isikan borang di bawah dan SUBMIT. Sila salin maklumat yang berkaitan sebagai rujukan anda. Pesanan anda akan diproses sebaik sahaja saya menerima slip pembayaran. Untuk memudahkan anda membuat pilihan pakej yang bersesuaian dengan keperluan anda, sila rujuk maklumat di bawah:

Pakej e-RP Geografi

 

 


7.0 Pertanyaan Tentang Aplikasi Penuh e-RP KSSM GENERATOR

Jika anda ada sebarang kemusyikilan atau pertanyaan, anda boleh tanya melalui ruang komen di bawah, SMS, email,  Telegram dan WhatsApp di nombor telefon: 019 – 480 3177.


Cite this article as: Augustine Towonsing. (January 23, 2018). e-RP KSSM Generator Dan e-RP KBSM Generator RPH Guru. Retrieved from https://www.malaysian-ghost-research.org/e-rp-geografi-penulisan-rancangan-mengajar/

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]


Kind and respectful responds are much appreciated and you may post your respond below:

Related Post

The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 25 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.
Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

Average rating:  
 11 reviews
by Martina Paulus on e-RP KSSM Generator
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: YA
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: PRO
Review anda tentang e-RP Geografi:: e-RP Geografi Plus

Terima kasih tuan. e-RP Geografi Plus adalah yang terbaik kerana saya juga mengajar sejarah dan geografi tingkatan 1 dan 2. Aplikasi ini memang sangat membantu. Format dokumen yang kemas dan cantik dengan pelbagai utiliti. Saya teruja dengan keistimewaan aplikasi yang dipautkan dengan sumber video dari youtube. Sangat membantu. Walaupun sukar pada mulanya, tetapi bila saya guna saya memang rekomen kat kawan-kawan aplikasi ini memang terbaik.

by Latifah Omar on e-RP KSSM Generator
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: Ya
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: PRO
Review anda tentang e-RP Geografi:: Terbaik

Setakat ini, saya dapati tiada aplikasi yang saya jumpa yang betul-betul membantu dalam proses penyediaan RPH yang lengkap. Terima kasih kerana aplikasi ini sentiada up to date.

by Imran Bin Yumpit on e-RP KSSM Generator
Adakah anda pengguna e-RP Geografi?: YA
Nyatakan status pengguna anda (cth: Pro, Demo, Essentials):: Pro
Review anda tentang e-RP Geografi:: Terbaik

Sangat-sangat menjimatkan masa. RPH seminggu saya ambil masa 15 minit sahaja untuk sediakan. Kawan-kawan saya cemburu kerana saya cepat siap RPH. Memang yang terbaik tuan.

Page of :
«
 
 
 
»
 

Copyright © 2018 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.