World Wonders

Fenomena Cuaca Garis Badai

Sungai Petani, 5 September, 2016 – Fenomena cuaca Garis Badai merupakan fenomena cuaca yang merujuk pada keadaan awan yang kelihatan memanjang dalam satu garisan yang boleh mencapai seratus kilometer berserta dengan bentuk awan bergulung. Menurut Jabatan Meteorology Malaysia, menyatakan dalam laman webnya garis badai ini akan menyebabkan kejadian peningkatan kelajuan angin secara mendadak, penurunan suhu mendadak dan juga fenomena ini hilang dengan cepat. Menurut Sinar Harian, ini telah berlaku beberapa kali di Malaysia iaitu di Kota Kinabalu (Ogos 20012),  Sungai Petani, Kedah (2014) dan  Kota Baharu (Ogos 2015). Dalam kejadian terkini, cuaca Garis Badai sekali lagi berlaku di Pantai Barat Sabah dan Labuan pada 27 Jun 2016.

Fenomena cuaca Garis Badai yang dirakam di Sungai Petani pada 5 September, 2016.
Fenomena cuaca Garis Badai yang dirakam di Sungai Petani pada 5 September, 2016.

Fenomena ini berlaku sekali lagi di Sungai Petani pada  5 September 2016. Walau bagaimanapun, kejadian kali ini berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira sepuluh minit sahaja. Kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi yang saya rakam di Taman Ria berhadapan dengan Lagenda Heights. Rakaman video di bawah adalah rakaman kejadian cuaca Garis Badai yang berlaku di Sungai Petani.


Sumber Rujukan:

Jabatan Meteorologi Malaysia. (2006). Garis Badai. Diperolehi dari http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/education/weather/weatherphenomena/squallline

Sinar Harian. (27 Jun 2016). Cuaca garis badai, awan bergulung fenomena biasa. Diperolehi dari http://www.sinarharian.com.my/semasa/cuaca-garis-badai-awan-bergulung-fenomena-biasa-1.536991

The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 22 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2016 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Comment