Blog, SMK Gurun

Majlis Persaraan Pilihan En. Ng Kim Leng

Gurun, 25 Mei 2017 – Hari ini merupakan hari terakhir secara rasmi En. Ng Kim Leng, 41 bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dan juga murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun kerana beliau mengambil persaraan pilihan. Seorang guru matematik yang telah berkhidmat di sekolah ini selama 6 tahun dan merupakan rakan kongsi bertugas sebagai photographer sekolah sejak bersama dengan beliau. Dengan persaraan beliau, maka saya kehilangan seorang rakan photographer berpengalaman yang sama-sama menggunakan wang sendiri untuk membeli kamera semata-mata untuk memudahkan urusan mengambil gambar acara-acara penting sekolah.

Di bawah ini merupakan rakaman ‘LIVE VIDEO’ dalam youtube yang sempat saya rakam semasa majlis persaraan beliau pada hari ini. Untuk mengenang semula perjalanan beliau sebagai rakan dalam bidang pendidikan, Pn. Ng Li Kee telah menyediakan montaj khas dalam persaraan beliau.

Video di bawah adalah montaj yang telah ditayangkan dalam majlis persaraan En. Ng Kim Leng. Selamat bersara, selamat maju jaya, jumpa dan jumpa lagi di lain hari.

Montaj Persaraan En. Ng Kim Leng.i

Montaj Majlis Persaraan pilihan pada umur 41 tahun En. Ng Kim Leng pada 25.05.2017 bertempat di Dewan Sahara. Selamat bersara, jumpa dan jumpa lagi. Jasamu dikenang!

Posted by Arkib Media SMK Gurun on Wednesday, 24 May 2017

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]


LEAVE A COMMENT:

Related Post

The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 24 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2017 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.