General Education, Geography Education, Keratan Akhbar

Masa Depan Hutan dan Hidupan Liar Di Malaysia

Hutan dan hidupan liar di negara kita bukan sahaja merupakan aset negara. Malah, Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 17 buah negara megadiversiti yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Persoalannya, bagaimana megadiversiti ini dapat dipertahankan pada masa hadapan, sedangkan isu-isu semasa seperti isu ancaman kepupusan hidupan liar di Muara Sungai Kinabatangan dan isu pembalakan di Ulu Muda, Kedah.

hutan dan hidupan liar biodervisiti

Demikian juga, kekayaan sumber hutan dan hidupan liar ini turut dijadikan sebagai satu standard pelabelan oleh masyarakat antarabangsa terhadap usaha Malaysia dalam memelihara dan memulihara sumber hutan sedia ada akibat pemusnahan hutan oleh syarikat-syarikat industri penanaman kelapa sawit. Dalam artikel yang ditulis oleh SayNoToPalmOil.com (2017) menyatakan industri berkenaan dikaitkan dengan isu-isu utama pemusnahan hutan, degradasi habitat, perubahan iklim, kekejaman terhadap haiwan dan pencabulan hak asasi penduduk asli di negara-negara di mana ia (minyak sawit) dihasilkan dengan membersihkan hutan untuk tujuan pembangunan penanaman kelapa sawit. Dalam pada itu, pertubuhan ini terus menyokong usaha penghasilan minyak sawit melalui pembangunan penanaman kelapa sawit lestari.

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]

Persoalannya, mengapa industri kelapa sawit menjadi keceman sebagai industri utama penyebab pemusnahan hutan dan ancaman terhadap hidupan liar yang berhadapan dengan krisis risiko kepupusan? Kumpulan aktiviti SayNoToPalmOil mendakwa bahawa 85% pengeluaran minyak sawit dunia dieksport dari Indonesia dan Malaysia yang didakwa tidak mengamalkan perancangan lestari. Lantaran itu, masa depan hutan dan hidupan liar menghadapi krisis kemusnahan dan kepupusan.

Sehubungan dengan itu, Mah Siew Keong menambah bahawa Malaysia adalah komited terhadap pemeliharaan hutan. Menurut beliau negara menghargai nilai melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, Kerajaan Malaysia telah komited kepada beberapa inisiatif pemuliharaan dan usaha di Semenanjung Malaysia, pelan induk Hutan Tengah (CFS) yang dilancarkan pada 2011 bertujuan untuk meningkatkan integriti tulang belakang zon sensitif alam sekitar dengan memulihara dan memulihkan 20 hubungan utama dan 17 ekologi sekunder di antara empat kompleks hutan utama iaitu Banjaran Titiwangsa- Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan; Taman Negara-BanjaranTimur; Selatan Pahang, Chini dan Tanah Lembap Bera; dan Rizab Hidupan Liar EndauRompin Park-Kluang.

Dalam pada itu, menurut Mah Siew Keong (Oktober, 2017) melalui artikelnya yang bertajuk “Malaysian palm oil does not threaten orangutans” ada menyebut pada tahun 2015 kawasan hutan negara ialah 55.5%. Manakala, The World Bank Group (2017) menyebut dalam tahun 2015 Malaysia memiliki 67.6% kawasan hutan. Forestry Department Peninsular Malaysia (2009) dalam dokumen pembentangan workshop di Cat Tien National Park, Vietnam bertarikh 9-12 November 2009 menyebut keluasan hutan Malaysia adalah 59.5%. Persoalannya, terdapat kekeliruan data tentang keluasan hutan pada tahun 2015 yang mana The World Bank Group menunjukkan peningkatan kawasan keluasan hutan sedangkan laporan Mah Siew Keong menunjukkan penurunan kawasan hutan berbanding laporan oleh Forestry Department Peninsular Malaysia.

Namun, dalam laporan penyelidikan terkini oleh Kanniah, Kasturi & Mohd Najib, Nazarin Ezzaty & Vu, Tuong Thuy (2016) bertajuk “Forest Cover Mapping in Iskandar Malaysia Using Satellite Data”  menyebut bahawa Malaysia merupakan negara ketiga di dunia yang paling banyak kehilangan kawasan hutan. Melalui penyelidikan ini, mereka mendapati bahawa perubahan kawasan hutan di Iskandar, Malaysia telah mencatatkan perubahan keluasan hutan pada kadar 14% pada tahun 1990 dan 5% pada tahun 2010.

Sebagai kesimpulan, apakah sebenarnya masa depan biodervisiti ekosistem hutan serta flora dan fauna akan terpelihara pada masa hadapan? Kajian-kajian mutakhir menunjukkan keluasan hutan semakin mengecil akibat pembangunan dan krisis lain akibat aktiviti pertanian dan pembalakan yang membawa pelbagai krisis alam sekitar. Krisis alam sekitar tidak akan selesai selagi berlaku  pemikiran ekonomi yang mementingkan keuntungan. Masa depan hutan dan hidupan liar di negara kita masih tidak terjamin. Sudah tiba masanya dan masih tidak terlambat pemikiran geografi di bawah masuk dalam sistem pengurusan ekonomi dan sumber alam sekitar dengan menjadikan pendidikan geografi diambil perhatian di peringkat sekolah dan bukan sekadar sebagai mata pelajaran di sekolah semata-mata.

Cite this article as: Augustine Towonsing. (October 13, 2017). Masa Depan Hutan dan Hidupan Liar Di Malaysia. Retrieved from https://www.malaysian-ghost-research.org/masa-depan-hutan-dan-hidupan-liar-di-malaysia/

Rujukan:

Forestry Department Peninsular Malaysia. (2009). Forest Inventory in Malaysia. Retrieved from whrc.org/wp-content/uploads/2016/02/Forest-Inventory-in-Malaysia.pdf

Kanniah, Kasturi & Mohd Najib, Nazarin Ezzaty & Vu, Tuong Thuy. (2016). FOREST COVER MAPPING IN ISKANDAR MALAYSIA USING SATELLITE DATA. ISPRS – International Archives of the Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial Information Sciences. XLII-4/W1. 71-75. 10.5194/isprs-archives-XLII-4-W1-71-2016.

Mah Siew Keong. (Oktober, 2017). Malaysian palm oil does not threaten orangutans. Retrieved from http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/commodities-today-and-beyond/2017/10/11/malaysian-palm-oil-does-not-threaten-orangutans/

Palm Oil (2017). Palm Oil. Retrieved from http://www.saynotopalmoil.com/Whats_the_issue.php

The World Bank Group. (2017). Forest Area (% of land area). Retrieved from https://data.worldbank.org/indicator/AG.LND.FRST.ZS

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]


LEAVE A COMMENT:

Related Post

The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 24 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2017 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.