General Education, Geography Education, Keratan Akhbar

Aktiviti Pertanian Komersial dan Implikasi Terhadap Hidupan Liar

Pertanian komersial merujuk pada aktiviti pertanian untuk tujuan perdaganga. Dalam konteks perbincangan ini pertanian komersial ini merujuk pada aktiviti pertanian ladang kelapa sawit. Menurut CleanMalaysia.com (2015) menyebut bahawa keluasan guna tanah untuk tujuan penanaman kelapa sawit di seluruh negara adalah 15.8% daripada keluasa negara Malaysia dan 70% guna tanah dalam bidang pertanian seluruh negara. Ini bermakna penanaman kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama negara. Dalam pada itu, aktiviti pertanian komersial ini telah membawa implikasi lain yang membawa pada kemusnahan hutan sekaligus menjadi ancaman terhadap kepupusan hidupan liar.

Walau bagaiamanpun, artikel “Malaysian Palm Oil Does Not Threaten OrangUtans” memberi gambaran bahawa aktiviti pertanian komersial industri kelapa sawit di Malaysia ini tidak mengancam urang utan. Artikel ini merujuk pada pembangunan yang seimbang dengan usaha pemeliharaan sekaligu negara komited ke arah usaha pemeliharaan.

Pertanian komersial

Persoalannya, sejauh mana usaha kita ke arah mencapai matlamat pemeliharaan habitat semula jadi hidupan liar ini? Sekiranya negara kita telah bersungguh-sungguh ke arah mencapai matlamat pemeliharaan alam sekitar sepatutnya kita tidak berhadapan dengan isu ancaman kepupusan hidupan liar yang kritikal di negara ini khasnya di Lembah Kinabatangan, Sabah. Demikian juga, kita tidak perlu menunggu sehingga kesatuan negara eropah dan Australia membuat label “No Palm Oil”. Malah, adanya label ini sebenarnya menunjukkan kegagalan kita mencapai hasrat memelihara alam sekitar.

<< To Not Miss Anything Important, Please Follow >>
[ Malaysian Ghost Research on Telegram Channel ]

Kepupusan hidupan liar akibat pertanian komersial

Oleh itu, artikel “For the sake of an iconic animal”  menunjukkan kegagalan kita dalam usaha memelihara habitat semula jadi hidupan liar sehingga mengancam risiko kepupusan. Cadangan pemeliharaan hutan sepanjang tebing sungai khasnya Sungai Kinabatangan patut diberi perhatian kerana kehilangan hutan di kawasan lembangan sungai bermakna kepupusan hidupan liar khasnya monyet belanda ini atau biarkan saja ia PUPUS supaya ia menjadi cerita dongeng kepada generasi akan datang.

Kesan Pertanian Komersial terhadap alam sekitar

Manakala artikel “Preservation beyond protected zones” mencadangakan supaya pemeliharaan di luar kawasan yang dilindungi perlu diambil kira dalam pensijilan minyak sawit. Dalam pada itu populasi urang utan mengikut kajian pada tahun 2001 menunjukkan penurunan sehingga 30% di Borneo. Di hilir Sg. Kinabatangan, Sabah merupakan habitat semula jadi urang utan sudah terjejas akibat aktiviti pertanian. Oleh itu, usaha pemuliharaan dibuat melepasi zon yang dilindungi. Dengan menambah nilai memberi perlindungan terhadap hidupan liar dalam pensijilan minyak sawit diharap menjadi satu langkah penjagaan hidupan liar secara mapan.

Persoalannya, adakah isu risiko kepupusan hidupan liar di Lembah Kinabatangan, Sabah hanyalah satu isu terpencil yang tiada kaitan dengan aktiviti pertanian komersial yang dikaitkan dengan tanaman komoditi ini? Isu pengurangan kawasan hutan dan isu hidupan liar berhadapan dengan risiko kepupusan merupakan tamparan hebat kepada kita untuk memikirkan di antara ekonomi dengan nilai alam sekitar.

Malah, kita tidak boleh menafikan sama sekali bahawa kehilangan habitat semula jadi merupakan punca ancaman kepupusan hidupan liar termasuk urang utan. Malah, Worldwildlife.org (2017) menyatakan bahawa populasi urang utan di Borneo ialah 104, 700 daripada 230,000 dalam abad lepas. Anggaran angka ini meletakkan urang utan sebagai hidupan liar terancam.

Cite this article as: Augustine Towonsing. (October 11, 2017). Aktiviti Pertanian Komersial dan Implikasi Terhadap Hidupan Liar. Retrieved from https://www.malaysian-ghost-research.org/pertanian-komersial-dan-implikasi/

Rujukan:

CleanMalaysia. (2015).  Just how Big is Malaysia’s Palm Oil Industry? Retrieved from http://cleanmalaysia.com/2015/12/09/just-how-big-is-malaysias-palm-oil-industry/

Mugundan Vanar. (April 2017). Researcher: Conserve river banks for proboscis monkeys’ future. Retrieved from
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/17/for-the-sake-of-an-iconic-animal-researcher-conserve-river-banks-for-proboscis-monkeys-future/#uJIWwKmHQVVSAlmV.99

Mugundan Vanar. (August 2017). Preservation beyond protected zones. Retrieved from http://www.thestar.com.my/metro/community/2017/08/09/preservation-beyond-protected-zones-expert-says-effort-should-cover-other-wildliferich-areas-to-achi/

Worldwildlife. (2017). UrangUtan. Retrieved from https://www.worldwildlife.org/species/orangutan

<< Untuk Tidak Terlepas Info Penting Sila Sertai Telegram Channel >>
[ Education Malaysian Ghost Research ]


LEAVE A COMMENT:

Related Post

The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 24 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2017 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.