Scheduled Messages
Geography Education, Sumber Pendidikan

Scheduled Messages—Telegram Artificial Intelligence (A.I) Sebagai Guru Ganti PDPR Online

Kali ini saya berkongsi dengan rakan-rakan guru terutama sekali guru-guru yang mengajar PDPR secara online menggunakan pelantar Telegram sama ada group atau pun menggunakan channel. Masalah utama yang kita hadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara online ialah masalah guru ganti. Masalah seumpama ini timbul apabila secara tiba-tiba kita berhadapan dengan situasi yang tidak dapat dielakkan seperti menghadiri mesyuarat secara atas talian, kecemasan dan sebagainya.

Idea ini timbul semasa saya berhadapan dengan situasi yang mana saya harus berada di JPJ untuk membaharui lesen yang tamat tempoh sah. Kebetulan pula, untuk mendapatkan perkhidmatan perlu buat temujanji atas talian. Dipendekkan cerita, saya dapat temujanji pada masa tengahari. Tetapi oleh kerana saya risau mungkin masa tidak mencukupi dan saya menjadi terburu-buru. Maka idea timbul untuk memanfaatkan Scheduled Messages—Telegram Artificial Intelligence (A.I) untuk menggantikan saya sementara saya berurusan di JPJ Sungai Petani. Akhirnya, saya dapati A.I ini berjaya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik seperti yang saya rancang.

Oleh itu, saya telah menulis Modul ICT ringkas sebagai panduan rakan-rakan guru yang mungkin ingin menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran atas talian yang berasaskan Telegram. Modul panduan Scheduled Messages—Telegram Artificial Intelligence (A.I) Sebagai Guru Ganti PDPR Online boleh dimuat turun sebagai rujukan. Diharap modul ringkas ini dapat membantu rakan guru-guru menjalankan P&P online dengan mudah.

SCHEDULED MESSAGES—TELEGRAM ARTIFICIAL INTELLIGENCE (A.I) SEBAGAI GURU GANTI PDPR ONLINE

<< To Not Miss Anything Important, Please Follow >>
[ Malaysian Ghost Research on Telegram Channel ]


Kind and respectful responds are much appreciated and you may post your respond below:
Print Friendly, PDF & Email
The following two tabs change content below.
An Associate International Member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 27 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, former outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a book author, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.