Pemikiran Geografi

Wetlands: Ke Arah Mengkormersialkan Tanah Lembap Terbiar

PENGENALAN

Cite this article as: Augustine Towonsing, "Wetlands: Ke Arah Mengkormersialkan Tanah Lembap Terbiar," in Malaysian Ghost Research, January 22, 2017, https://www.malaysian-ghost-research.org/wetlands-ke-arah-mengkormersialkan-tanah-lembap-terbiar/

Wetlands atau tanah lembap biasanya dikaitkan dengan kawasan tanah rendah yang berair (Universiti Princeton, 1997) atau dikenali sebagai kawasan tanah rendah yang berair, paya yang sentiasa berair khususnya kawasan habitat hidupan liar (American Heritage, 2000).

Sehubungan dengan itu dalam konvensyen 1975, 100 buah negara bersetuju mendefinisikan wetlands atau tanah lembap sebagai kawasan tanah lembap, dataran tanah lembap, tanah gambut, takungan air sama ada buatan atau semula jadi yang kekal atau sementara atau air yang mengalir atau tidak. Air tawar atau masin termasuk kawasan pinggir laut dengan kedalaman semasa air surut tidak melebihi 6 meter (Ramsar, 1998). Jadi dalam konteks negara kita wetlands atau tanah lembap terdiri daripada hutan paya bakau, hutan paya air tawar, hutan paya gambut, hutan sekitar tasik dan juga sepanjang sungai    (Shasi Kala, 1993).

Sehubungan dengan itu, ramai penganalisis ekonomi mengkategorikan kawasan ini sebagai kawasan tidak produktif dari aspek ekonomi negara. Walau bagaimanapun,  sejak dari dahulu lagi penduduk sekitar telah memanfaatkan kawasan ini sebagai sumber ekonomi dalam skala ekonomi primer.  Dalam pada itu, menurut Dato’ Seri Law Hieng Ding (Law, 2003) menyatakan bahawa tanah lembap walaupun tidak begitu menarik dari segi estetikanya jika dibandingkan dengan jenis-jenis ekosistem yang lain, tetapi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Jadi, jelas manusia sejak dahulu telah pun memanfaatkan kawasan tanah lembap untuk kepentingan ekonomi.

Manakala YAB Dato’ Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali, Menteri Besar Perak dalam ucapan Sempena Pelancaran Hari Tanah Lembap Sedunia 2002  di Kuala Gula, Kerian, Perak. pada 1hb Februari 2002 (Mohd Tajol Rosli, 1 Februari 2002)  menyatakan bahawa kawasan tanah lembap merupakan salah satu dari sumber penting yang menyumbang kepada keselesaan hidup dan ekonomi terutamanya penduduk tempatan.

Kesimpulannya, tanah lembap sememangnya menyumbangkan kepada keselesaan hidup ekonomi penduduk tempatan tetapi hanya pada peringkat ekonomi primer. Persoalannya, dalam usaha pembangunan negara secara mampan maka wetlands yang dianggap sebagai tanah tidak produktif perlu diubah suai supaya memberikan pulangan ekonomi bukan sekadar dalam skala tempatan tetapi dalam skala yang lebih besar yang melibatkan pembangunan secara menyeluruh.

USAHA MENAIKKAN NILAI KOMERSIAL KAWASAN WETLAND

Peringkat dunia

Persoalan yang sering kita temui berkaitan dengan wetlands ialah penilaian visual luaran yang tidak mempunyai daya tarikan estetika (Law, 10 Februari 2003)  dan anggapan bahawa kawasan ini tidak mempunyai nilai komersial sekadar memberi kesenangan kepada penduduk setempat (Mohd Tajol Rosli, 1 Februari 2002).

Walau bagaimanapun, di peringkat global nampaknya negara kita masih jauh ketinggalan berbanding negara barat dalam usaha mengkormersialkan kawasan tanah lembap bagi tujuan pembangunan. Secara amnya di negara barat ternyata andaian bahawa manusia mampu membentuk bumi (Marsh, 1864) secara umum sangat bertepatan dalam konteks pembangunan wetlands. Malahan reka bentuk kawasan tanah lembap kini menjadi berbaloi sebagai objektif dalam masyarakat dan telah pun dijadikan sebagai impian oleh pertubuhan pereka bentuk profesional (Craig S. Campbell, 1999).

Sehubungan dengan itu, didapati 75% daripada kawasan wetlands di Puget Sound, Amerika telah pupus akibat daripada kesan penembakan, penembusan yang telah membawa kesan 50% kawasan hutan paya air tawar hilang di sekitar sungai utama (Thomas, M. L, Katharine, F. W dan Thomas, H. G, Oktober 1999). Jadi, ini menunjukkan bahawa kawasan tanah lembap telah pun mengalami proses pengkormersialan dan saya berpendapat penembakan dan penembusan dilakukan di kawasan ini berpaksikan pada pembangunan.

Dalam pada itu, usaha membangun dan mengkormersialkan kawasan wetlands bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi peringkat tempatan, nasional tetapi juga pembangunan mampan di kawasan ini mempunyai perkaitan yang signifikan terhadap pembangunan ekonomi sekitar serta nilai harta semasa dalam pasaran (William, Jun 1997).

Dalam penjelasan ini, saya suka menarik perhatian pembaca tentang kajian yang dibuat oleh William Daugherty (Jun, 1997) di kawasan wetlands  California yang mana kawasan ini secara fizikal terletak di Bahagian utara dengan susunan fizikal yang terdapat 3 buah lagun, 2 batang sungai dengan cawangan, terdapat  banyak dan masih terdapat kawasan lapang serta pinggir pantai Lautan Pasifik. Sehubungan dengan itu, penggunaan kawasan ini secara kreatif dan efektif dalam pembangunan kawasan Wetlands dapat menaikkan nilai komersial (William, Jun 1997).

Dalam pada itu, William Daugherty menunjukkan bahawa nilai komersial tanah lembap dapat mempengaruhi perbandaran sekitar dengan pelaksanaan pembangunan yang mampan dan teratur di kawasan tanah lembap di California. Penyelidikan beliau dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu nilai komersial kawasan tanah lembap dan kesan pembangunan kawasan tanah lembap kepada bandar sekitar.

Nilai Komersial Kawasan Tanah Lembap

Perbelanjaan yang dibuat oleh penduduk sekitar dan juga pengunjung secara langsung terhadap landskap kawasan tanah lembap dapat membantu perkembangan ekonomi. Semakin menarik dan mudah dikunjungi dengan kemudahan rekreasi semakin kerap kawasan berkenaan dikunjungi dan digunakan (William, Jun 1997). Beliau juga menyatakan bahawa sekitar US$620 juta dibelanjakan oleh penduduk California dalam pembangunan pusat rekreasi yang mana hasilnya ia telah memberi US$400 juta pendapatan penduduk dan menyediakan 22,800 peluang pekerjaan.

Masalah kesihatan dan juga tekanan mental menggalakkan penduduk di kawasan ini menggunakan kemudahan rekreasi di kawasan tanah lembap kerana kepercayaan bahawa kawasan ini dapat memberikan ruang untuk berehat dan menenangkan fikiran yang letih.

Aktiviti pelancongan di kawasan tanah lembap atau wetlands bukan sahaja membawa nilai komersial kawasan tanah lembap tetapi juga menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi kawasan berkenaan seperti perkembangan industri perkhidmatan pengangkutan, hotel dan sebagainya.

Kesan Pembangunan Kawasan Tanah Lembap Kepada Bandar Sekitar

Apa yang menarik dalam kes ini, William Daugherty menunjukkan bahawa pembangunan kawasan tanah lembap sangat signifikan terhadap nilai harta kawasan sekitar dan ini menunjukkan sebenarnya kawasan tanah lembap mempunyai nilai komersial yang tersembunyi.

kesan-jarak-pusat-rekreasi-terhadap-nilai-harta-dalam-pasaran

Berdasarkan Rajah 1, jelas menunjukkan jarak kawasan pusat rekreasi sangat mempengaruhi nilai harta dalam pasaran yang mana semakin dekat kawasan pusat rekreasi di sesuatu kawasan maka semakin tinggi nilai harta dalam pasaran. Walau bagaimanapun kawasan yang rekreasi yang dibangunkan secara keterlaluan membawa kesan negatif yang signifikan terhadap nilai harta dalam pasaran.

Amerika Syarikat:  Sistem Penempatan Sebuah Keluarga – Strategi Peningkatan Kualiti Landskap Dan Ekologi 

Dalam kajian kes ini, saya ingin menunjukkan bagaimana tanah lembap yang tidak mempunyai nilai estetika diubah menjadi landskap bertaraf komersial dengan kualiti sistem ekologi tanah lembap setempat terjamin. Untuk itu Lawrence George Durell (1990) menyatakan bahawa kita adalah penghuni kepada landskap yang kita buat, mempunyai kuasa mutlak terhadap tindak-tanduk dan juga keputusan terhadap tindakan kita. Jadi, ini bermaksud sebenarnya kita mempunyai kemampuan untuk mengubahsuai nilai tradisional wetlands kepada taraf komersial.

Jika kita perhatikan di negara kita, khususnya kawasan pedalaman yang mempunyai kawasan tanah lembap ternyata penduduk setempat tidak mengambil inisiatif untuk menjaga ekologi kawasan berkenaan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah berkaitan dengan pelupusan bahan buangan termasuk air kumbahan yang tidak dirawat sekadar terus dibuang  tanpa rawatan yang sepatutnya tetapi berbeza dengan negara barat yang mana perkara pertama yang diambil perhatian ialah pembinaan tangki septik yang mana ia diperlukan sebagai rawatan air kumbahan peringkat asas (Craig S. Campbell, 1999).

Keperluan rawatan kumbahan di kawasan tanah lembap perlu kerana walaupun penggunaan agen pembersih sangat efektif membunuh bakteria di kawasan kumbahan tetapi ia juga memberi kesan sampingan terhadap sistem ekologi setempat.

Prinsip kedua yang dibuat di negara berkenaan khususnya kawasan tanah lembap ialah pengubahsuaian landskap daripada landskap yang tidak menarik kepada landskap yang mempunyai nilai estetika yang menarik.

Alasan mengapa perlu penanaman pelbagai jenis tumbuhan di kawasan ini ialah sebagai alat rawatan manakala tumbuhan yang ditanam di sempadan tanah lembap mempunyai tujuan untuk mencantikkan landskap. Sebagai kesimpulan, jelas bahawa tanah lembap yang pada anggapan sesetengah orang tidak mempunyai nilai estetika tetapi sebenarnya boleh dinaikkan nilai  estetikanya seperti yang dilaksanakan di kawasan – kawasan wetlands di Amerika Syarikat .

lakaran-landskap-kawasan-tanah-lembap-untuk-sistem-penempatan-sebuah-keluarga

Rajah 2 di atas menunjukkan bagaimana nilai estetika kawasan tanah lembap dinaikkan dengan reka bentuk pembinaan tangki kumbahan dan juga penanaman pelbagai tumbuhan. Manakala Gambar 1 menunjukkan bagaimana landskap asal telah diubah suai sehingga kelihatan menarik dari segi visual landskap.

penempatan-lusk

AUSTRALIA: PROSES MENGKOMERSIALKAN EAGLEBY WETLANDS

Dalam kajian kes ini, saya akan bincangkan bagaimana usaha yang dibuat di kawasan tanah lembap di Eagleby dikomersilkan. Cadangan kawasan yang hendak di dikomersilkan adalah berdasarkan pada gambar yang ditunjukkan di bawah.

lokasi-eagleby

Rajah 3 yang ditunjukkan di bawah merupakan pelan induk kawasan tanah lembap yang hendak telah diluluskan oleh kerajaan Queensland untuk dibangunkan.

reka-bentuk-cadangan-kawasan-eaglebay

Dalam usaha pemaju mengkormesialkan wetlands di kawasan Eagleby maka pihak pemaju telah mencadangkan pembangunan di kawasan wetlands berkenaan dengan sama ada dengan strategi meningkatkan kemudahan sedia ada atau menambah kemudahan yang baru. Dalam cadangan berkenaan, pihak perancang telah mencadangkan kemudahan seperti yang berikut. Dalam perancangan ini, pakar perunding tidak mengabaikan pandangan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklum balas dalam perancangan pembangunan dan berikut merupakan cadangan kemudahan yang telah dicadangkan.

Potensi Pembinaan Lorong Kaki Dan Lorong Berbasikal

Terdapat beberapa peluang yang boleh dilihat untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal untuk melawat kawasan ini dengan menyediakan lorong pejalan kaki yang menghubungkan Jalan River Hills  dengan Jalan Logan. Fokus utama adalah siri daya tarikan kepada penduduk sekitar dengan hanya berjalan kaki atau berbasikal dari rumah mereka.

pemandangan-kawasan-wetland-eaglebay

Kemudahan Kawasan Tanah Kering

Mengikut cadangan kemudahan sedia ada di kawasan ini masih boleh dinaiktaraf dengan membuat pengubahsuaian dan juga penambahan kemudahan baru. Cadangan kemudahan baru yang hendak dibuat untuk menaikkan taraf kawasan tanah lembap ini adalah seperti berikut.

Jalan Masuk

Cadangan jalan masuk selebar 6 meter bertar dengan tepi jalan disimen dan dipagar dengan kayu yang juga akan melindungi tumbuhan. Permukaan jalan dipasang pelantar had laju serta laluan akan dipasang pintu kawalan untuk menghalang penggunaan masa yang tidak sepatutnya. Cadangan jalan masuk adalah seperti dalam Rajah 4.

cadangan-jalan-masuk

 

Tempat Letak Kereta

Kemudahan tempat letak kereta akan disediakan dengan tambahan ruang untuk 40 buah kereta berdekatan dengan Jalan Logan dan Kerkin Hall yang mempunyai 24 ruang meletak kereta yang akan ditambah kemudian jika perlu. Untuk letak kereta di jalan utama, tempat letak dibuat di tepi jalan dan cadangan ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

cadangan-tempat-letak-kereta

 

Kerkin Hall

Dewan sedia ada hanya perlu penambahan penanaman pokok dan tumbuhan belukar dari spesies shrub. Penambahan ini untuk memberikan visual persekitaran yang menarik yang merujuk kepada Rajah 6.

kerkin-hall

 

Trek Pejalan Kaki – Merujuk Rajah 7

Cadangan trek ini berdasarkan pada beberapa garis panduan seperti mudah dilalui oleh kerusi beroda, dibina dengan permukaan kasap yang sesuai, bahagian tepi daripada tanah biasa, permukaan jalan diratakan dengan sistem saliran berkesan serta mengelakkan hakisan permukaan. Sistem saliran melintang diperlukan yang dibina berdekatan dengan trek dengan kalbut  kecil. Semua kalbut mestilah disembunyikan dengan tumbuhan tetapi masih memudahkan kerja pembersihan. Jalan masuk ke jalan utama selebar 3 meter dengan permukaan yang dibuat daripada konkrit.

gambaran-trek-pejalan-kaki

 Kemudahan Berkelah

Cadangan setiap bahagian mengandungi antara 6 hingga 8 buah meja dengan satu kemudahan tempat memasak yang diletakkan di bahagian tengah. Setiap meja secara rawak dibina berdekatan dengan tumbuhan yang ditanam yang meminimumkan kadar penglihatan di antara meja. Tidak ada meja yang berdekatan dengan kawasan memasak untuk membolehkan pengguna kawasan berkelah menggunakan kemudahan.

modul-kawasan-berkelah

Kemudahan Padang Kriket

Reka bentuk pemulihan di bahagian pavilion memerlukan pagar 50 meter sama tepi bahagian pavilion sebagai tahap pertama  untuk membentuk pagar berbentuk bujur. Peringkat pertama perlu dibuat ialah menanam pokok di sekeliling bulatan bujur. Penanaman perlu dibuat dengan menanam sejenis tumbuhan di bahagian tengah untuk menghasilkan visual di antara pokok 3 hingga 4 meter jarak. Jenis tumbuhan yang digunakan ialah pokok yang berkanopi dengan warna hijau tua sebagai kontras dengan sambungan pokok-pokok.

pavalion-kriket

Padang Dwi – guna Padang Ragbi Dan Trek

Terdapat 2 elemen yang dipentingkan iaitu penyaliran dan penanaman pokok. Penanaman pokok yang sama diperlukan untuk memperlihatkan kesatuan dalam pusat rekreasi. Tambahan utiliti perlu untuk kegunaan pada masa musim sejuk. Cadangan bagi kemudahan yang disebutkan adalah seperti dalam Rajah 10.

padang-dwi-guna

Amphitheatre

kemudahan ini terletak di sebelah timur Kerkin Hall yang sedikit curam untuk tujuan pendidikan berkaitan dengan  orientasi kawasan tanah lembap. Pembinaan berbentuk mangkuk yang boleh memuatkan 100 orang dengan pentas. Bahagian ini akan dilindungi dengan struktur kain pengadang dan pokok pula melindungi kawasan ini.

amphitheatre

Penanaman Kawasan Lembah

Kawasan lembah di sebelah selatan  perlu ditanam dengan Eucalyptus manakala kawasan utara perlu ditanam dengan Casuarina sebagai lapisan utama di samping pokok renek.

pokok-kawasan-tanah-rendah

Tanaman Tutup Bumi

Kawasan tanah kering adalah perlu ditanam tutup bumi di beberapa bahagian untuk tujuan menguatkan ciri – ciri pokok kawasan tanah kering, integrasi  dengan lorong kaki, mempunyai integrasi dengan kawasan berkelah, memberikan perlindungan kawasan penempatan dan integrasi dengan kerkin Hall dan penjaga kemudahan.

tanaman-tutup-bumi

Sebagai kesimpulan jelas bahawa usaha yang dibuat ke atas Wetlands di Eagleby bukan sahaja membawa pembangunan yang mampan kepada kawasan sekitar tetapi secara langsung telah memperlihatkan usaha ke arah mengkormersialkan kawasan tanah lembap.

STRATEGI MENGKOMERSIALKAN KAWASAN TANAH LEMBAP DI MALAYSIA

Dalam konteks negara kita memang terdapat usaha untuk mengkormersialkan kawasan tanah lembap.  Pembangunan tanah dalam semua arah telah mencapai tahap buntu sehingga sebahagian besar kawasan tanah tidak lagi dibuka untuk tujuan pertanian sebaliknya untuk tujuan pembangunan. Dalam pada itu, usaha baru telah dijalankan dengan mencari sumber lain yang berpotensi untuk dimajukan dan kawasan tanah lembap serta kawasan pinggir pantai kini menjadi sasaran untuk tujuan pembangunan (Mohd Nizam, 1996).

Jelas menunjukkan di negara kita juga, usaha untuk membangunkan kawasan tanah lembap bukan lagi perkara yang baru malahan kawasan ini semakin banyak dibangunkan untuk mendapatkan keuntungan.  Sehubungan dengan itu, Yoke Fun (1996) menyatakan bahawa keluasan tanah lembap di Malaysia ialah 3.3 juta hektar atau 10% daripada keluasan negara. Ini menunjukkan Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk mendapatkan keuntungan dengan mengkormersialkan kawasan tanah lembap.

Kawasan tanah lembap yang terdapat di Malaysia ditunjukkan dalam jadual 1. Kawasan ini merupakan kawasan yang signifikan yang mempunyai nilai komersial yang kini dalam pembangunan berasaskan ekosistem.

wetlands-di-malaysia

Nota:

* Maklumat tidak diperolehi.

Jenis habitat di kawasan yang dinyatakan seperti berikut:

  1. Tanjung dan pinggir pantai (bawah 6 meter semasa air surut).
  2. Estuarina dan delta.
  3. pinggir pantai sempit
  4. Pinggir pantai.
  5. Dataran berlumpur.
  6. hutan paya bakau
  7. pinggir air payau dan tanah lembut.
  8. Sungai dan anak sungai yang mengalir perlahan.
  9. tasik dan tanah lumpur.
  10. Tasik air tawar.
  11. Kolam air tawar (bawah 8 hektar), tanah lumpur, paya (palustrine).
  12. Dataran banjir bermusim.
  13. Dataran banjir
  14. Hutan paya air tawar, hutan banjir sementara.
  15. Hutan paya gambut.
  16. Paya nipah .

 

KAJIAN KES – STRATEGI MENGKORMESIALKAN TANAH LEMBAP SUNGAI MERBOK, SUNGAI PETANI

Dalam memperlihatkan bahawa kawasan tanah lembap atau wetlands mempunyai nilai komersial maka saya telah melakukan kajian luar di kawasan Sungai Petani dengan memilih Bandar Laguna Merbok sebagai kajian kes.

Pengenalan

Kawasan ini dikenali sebagai Bandar Laguna Merbok merupakan kawasan pembangunan merangkumi keluasan 498 ekar yang terletak berhampiran dengan Sungai Merbok dengan berlatar belakangkan Gunung Jerai. Perbandaran ini mengamalkan pembangunan terhad dengan 8 unit bangunan dalam seekar.

Kawasan ini melibatkan lebih 3,000 kediaman dan 20,000 penduduk  menggunakan strategi pembangunan kemudahan penempatan dan bangunan komersial dengan kemudahan rekreasi yang dibina berkonsepkan perbandaran dengan sokongan kemudahan seperti pusat pendidikan, sekolah, tadika dan pusat kesihatan.

Kawasan ini Saya menjalankan kajian ini dengan melaksanakan tinjauan, temu bual secara rawak, serta membuat penilaian statistik berdasarkan pada brosur yang disediakan oleh pemaju sebagai bahan rujukan.

lokasi-bandar-laguna-merbok

kawasan-kajian-dilihat-dari-udara

Kemudahan

Kemudahan yang telah dibina setakat ini adalah seperti berikut bagi tujuan memenuhi keperluan perbandaran. Walau bagaimanapun, kawasan ini masih lagi dalam proses pembinaan mengikut fasa yang telah ditetapkan oleh pemaju.

senarai-kemudahan-laguna-merbok

senarai-kemudahan-kelab-laguna-merbok

Kelab ini terletak di atas kawasan seluas 6.6 hektar dengan memberikan yuran keahlian percuma kepada pemilik rumah kediaman di tempat ini.

unit-kediaman-semasa

bangunan-perdagangan-semasa

Anggaran Nilaian Pendapatan

Dalam penilaian nilai komersial kawasan Wetlands Bandar Laguna Merbok berdasarkan kepada data yang diperolehi adalah seperti berikut.

pendapatan-hasil-jualan

sebahagian-daripada-rumah-kediaman

jadual-7

jadual-8

Penilaian Hasil Kajian

Berdasarkan pada hasil kajian singkat yang saya lakukan jelas menunjukkan kawasan tanah lembap atau wetlands boleh dikomersilkan. Dari hutan paya yang tidak membawa kepada pendapatan kini telah memberikan pulangan berlipat kali ganda. Sebagai contoh, hasil jualan rumah kediaman sahaja sehingga akhir bulan Oktober sebanyak 127,274,900.00 pulangan telah diperolehi oleh pemaju. Manakala anggaran pendapatan harian Kelab Bandar Merbok membayangkan bahawa pendapatan purata bagi sebulan untuk kemudahan rekreasi sahaja membawa pulangan sebanyak RM100,00.00.

kelab-bandar-sungai-petani

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian dan penelitian terhadap usaha yang dibuat oleh badan-badan korporat yang terlibat dalam pembangunan kawasan tanah lembap atau wetlands jelas bahawa kawasan ini boleh dimajukan dan dinaikkan taraf sebagai peluang ekonomi bertaraf komersial.

Seperti yang saya bincangkan, pada peringkat global di Amerika terdapat usaha menaik taraf tahap visual persekitaran kawasan dengan pemuliharaan dan pengindahan semula lanskap. Manakala, di Australia pula memperlihatkan satu usaha menaikkan taraf wetlands Eagleby kepada taraf komersial.

Keadaan ini semakin jelas melalui kajian luar sehari yang saya lakukan dalam  kajian kes di Bandar Laguna Merbok yang terletak di tepi Sungai Merbok. Tidak ada yang menyedari tentang potensi kawasan ini sehinggalah pada tahun 1996 pemaju Petani Jaya Sdn. Bhd. memulakan penerokaan, pembersihan dan pembinaan jalan masuk ke kawasan ini sehinggalah pada hari ini wujud sebuah bandar di kawasan ini yang bukan sahaja memberikan pulangan yang banyak tetapi juga telah membawa peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di samping membangunkan kawasan terpencil sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan serta menyediakan kemudahan prasarana serta rumah kediaman kepada penduduk.

Sumber Rujukan

American Heritage. (2000). Dictionary of the English Language, Fourth Edition. Boston, Massachueatts : Houghton Mifflin Company.

Craig S. Campbell. (1999). “Single-Family Residential Systems.”Contructed Wetlands In The Sustainable Landscape. New York : John Wiley & Sons, Inc.

John Wood Consultancy Services & JVP Design. (Februari 2003). Eagleby Wetlands Development Concept. Final Report: February 2003. Diperolehi dari Laman Web http://www.eagleby.org.au/

Kelab Bandar Laguna Merbok. (2003). About Us. Diperolehi dari Laman Web http://www.blm.com.my/kblm/

Law Hieng Ding. (10 Februari 2003). Teks Ucapan Sempena Pelancaran Sambutan Kebangsaan Hari Tanah Lembap Sedunia 2003. Di Pusat Pelawat, Tanjung Piai, Johor Darul Takzim. Diperolehi dari Laman Web http://www.moste.gov.my/speech/2003/0210-HariTanahLembapSedunia2003.htm

Lawrence George Durell. (1990). Out of Place : Restoring Identity to the Regional Landscape. New Haven and London: Yale University Press.

Marsh, G. P. (1864). Man And Nature Or Physical Geography As Modified By Human Action. New York: Charles Scriber.

Mohd Tajol Rosli Ghazali. (1 Februari 2002).  Teks Ucapan Sempena Pelancaran Hari Tanah Lembap Sedunia 2002. Di Kuala Gula, Kerian, Perak. Diperolehi dari Laman Web http://psuk-yabmb.perak.gov.my/ucapan20.htm

Mohd. Nizam Basiron. (4 – 7 September 1996). Environment And Development In Malaysia : Experiences In Policy Reconciliation. Paper presented at the Workshop on Economic Integration and Environmental Policy Making in SEA. Jakarta, Indonesia,

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d).Ameria II: Rumah Teres Dua Tingkat. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d).Bandar Laguna Merbok: A home that warms the hearts…. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d). Bandar Laguna Merbok: Your home close to nature. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d).Casamaria : Rumah Kembar Dua Tingkat. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d).Laguna Merbok Business Park: 2 and 3 storey shop offices. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d).Rossetta III 2½ Storey Terrace: A dream home… in harmony with nature.[Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd (n.d).Where Every day’s Living Is a Discovery of Joy. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (n.d).Victoria II Double Storey Terrace: A home of natural splendour. [Brosur] Bandar Laguna Merbok, Wisma Petani Jaya: Author

Petani Jaya Sdn. Bhd. (2003). Bandar Laguna Merbok: The Resort Township. Diperolehi dari Laman Web http://www.blm.com.my/

Ramsar. (8 Mac 1998). What are wetlands? Diperolehi dari Laman Web http://www.ramsar.org/about_infopack_1e.htm

Shashi Kala, N. (1993). Crucial role of wetlands in the ecology. Diperolehi dari Laman Web http://www.recyclingpoint.com.sg/Articles/1993june1-

Crucialroleofwetlandsintheecology.htm

Thomas, M. L, Katharine, F. W dan Thomas, H. G. (Oktober 1999). The Economic Value of Wetlands: Wetlands’ Role in Flood Protection in Western Washington. Washington Department of Ecology: Ecology Publication No. 97-1

University Pricenton. (1997). Wetland. Diperolehi dari Laman Web http://dictionary.reference.com/search?q=wetland

William Daugherty. (Jun 1997). The economic value of wetlands and open spaces:Is it ignorance or greed that allows the destruction of these valuable assets?Diperolehi dari Laman Web http://www.sdearthtimes.com/et0697/et0697s1.html

Yoke Fun, C. (1996). Wetland Resources in Malaysia. In: Malayan Naturalist. Vol 49 (4): 10-16. Malaysian Nature Society (MNS), Kuala Lumpur.

Cite this article as: Augustine Towonsing, "Wetlands: Ke Arah Mengkormersialkan Tanah Lembap Terbiar," in Malaysian Ghost Research, January 22, 2017, https://www.malaysian-ghost-research.org/wetlands-ke-arah-mengkormersialkan-tanah-lembap-terbiar/
The following two tabs change content below.
A member of the UK Geographical Association, the Assistant Afternoon Supervisor of Gurun Secondary School (Kedah, Malaysia), a Geography teacher with 22 years of teaching experience and holds a masters degree in Geography, an outdoor education trainer, an education application developer, an environmental researcher, a photographer, a videographer, a solo paranormal and ghost researcher, as well as the sole founder of Malaysian Ghost Research.

Copyright © 2017 Malaysian Ghost Research. All Rights Reserved.
Information about how to reuse or republish this work may be available at Malaysian Ghost Research Copyright.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Comment